1984 - Aku yang tengah hisap botol tu! Hahahaha
Sejuk sangat ye sekarang ni.... Maklumlah musim hujan... di sana sini hujan... Ada sesetangah tempat yang tak berhenti sampai 2 3 hari... Bila hujan dan sejuk ni, mulalah kita jadi gersang lapar! So.. Jangan lupa makan... huhuhu.... Tapi minta maaf la ye... Kalo ini memang takde entry makan, aku malas nak perah idea! Hari ni aku nak perah ...... Hmm.... Hangat! Kahkahkah....
Hari ini untuk pertama kalinya aku nak bercerita pasal blog aku ni lah! tak pernah walau sekali pun dari dulu aku bercerita pasal kandungan, pasal intipati, dan characteristic blog aku! Kahkahkah.. So, menjelang bulan baru ini, aku nak bercerita serba sedikit tentang blog aku, dan apa pembaharuan yang akan aku tampilkan untuk menjadikan blog aku lebih hangat dari biasa! Bukan hangat-hangat taik ayam ok!
1 My Life In Mono ini adalah nama blog aku yang aku tak pernah tukar dari tahun 2009 lagi ok! Memang aku suka dengan nama ini. Rasa sesuai je dengan jiwa aku ini. Takdalah maksud tersirat sangat, sekadar untuk menyatakan bahawa walaupun hidup kita hanya Mono (satu warna) sahaja, tetapi kita tetap boleh mencorakkannya dengan beberapa ton dengan menggunakan warna yang sama. Paham? Tak paham sudah!
2 Mulai tahun 2011 ni, aku akan menukar header baru pada setiap bulan! Yes! SETIAP BULAN! Itu tekad baru sekarang.. Biarlah korang tak bosan nak masuk blog aku ni... Ala, aku tak haraplah korang nak memuji atau mengeji, cukuplah sekadar nak memberi kelainan pada blog picisan ini.
3 Setelah mencuba pasaran di dalam blog selama 2 bulan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk memfokus isi kandungan blog ini khusus kepada Makanan (tak kisahlah aku melantak kat luar ke, aku masak ke), Lifestyle (kehidupan seharian yang aku rasakan signifikan untuk aku kongsi dengan korang), dan yang terakhir adalah Hiburan (Gosip-gosip yang aku minat, dan yang lain dari yang lain)... Kesimpulannya korang tak payah nak mengharapkan aku bercerita kisah cinta aku ke, cerita aku beli baju baru, ke mahupun cerita tangan aku luka semasa potong sayur. Ok?
4 Untuk menjadi lebih mesra dengan korang, aku akan cuba untuk membalas segala komen yang telah korang tinggalkan. Maklumlah, kalau korang perasan, aku tak pernah membalas komen korang di setiap entry aku.. kan? Bulan malas ok! Cuma, nama pun komen, bukan respon mahupun soal jawab. Tapi bila mengenangkan ada diantara komen itu berbentuk soalan, maka aku rasa aku akan lebih peka untuk menjawab komen korang! Sayang kamu!
5 Kay, kenapa blog hitam je? Dot Dot je? Hahahaha.. Aku suka sesuatu yang simple. Sesuatu yang tak menyesakkan mata.. Selain itu, blog aku ni mewakili diri aku, So, Apa yang korang baca kat sini, macam itu jugalah aku di luar. Aku takde double life, dan of coz aku bukan superficial. Haha.. inilah aku.. So, harap korang boleh terima dengan kehitaman aku ini untuk beberapa ketika lagi.
6 OMG... Setiap hari lebih kurang 20 orang baru akan follow aku.. Kadang-kadang aku tak faham kenapa... Tetapi aku sangat terharu. Sampaikan nak off sehari tak masukkan entry baru pun rasa tak senang. Cuba juga aku perah otak ini khas untuk korang semua. Aku sangat menghargainya, dan aku akan cuba untuk masukkan sekurang-kurangnya satu entry setiap hari...
Aku masih belajar, banyak yang aku tak tahu.... jadi kalau aku ada buat salah, sila tegur ok! Jangan malu-malu, aku tak makan orang, aku gigit manja je. Huhuhu... Terima kasih semua!


























