Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua!!

Ok! Aku gagal tunaikan janji untuk terus berblogging. Bukan nak mintak maaf, just nak lagi berlagak dengan pertanyaan ini, "So, kalau aku gagal korang nak pukul bontot aku ke?" hahaha.. Taknak bagi alasan cliche sebenarnya, tapi itulah dia, kekangan kerja memang mencengkam sehinggakan semuanya barai. 

Selepas lebih tujuh bulan, aku kembali. Yes! 7 Bulan! Memeranjatkan sekali, walaupun tak berblog, duit kat Nuffnang tetap ada. Hiks! Itu namanya rezeki. Macam juga rezeki kita berjumpa Ramadan lagi, Alhamdulillah, harap bila syaitan dan iblis dah diikat, kita semua mampu beribadah dengan lebih tenang dan berlipat kali ganda banyaknya. 

Hari ini, hanya 2 hari sahaja kita akan meninggalkan Ramadan dan menjengah Syawal. Segalanya cepat dan pantas. Begitu juga dengan kerjaya aku yang sudah masuk ke angka empat tahun di sini. Di mana? RAHSIA! Sesiapa yang tahu, tahulah. Entry zaman tok kadok pun ada bagitahu. Ye.. sejak Julai 2011 hingga Julai 2015. Dan pada bulan mulia ini juga, berlaku beberapa perubahan dan posisi aku di sini. Harapnya membawa kepada kebaikan kepada semua. 

Apapun, hidup mesti diteruskan. Baik, buruk, sakit, gout, terlebih makan, ditinggal kekasih, menggemuk, menghitam, mengurus dan apa juga keadaan yang menimpa, tempuhlah dengan kuat dan cantik. Itu je cara untuk kita melihat ke hadapan dengan lebih baik dan percaya di depan sana masih punyai cahaya kegemilangan yang menanti. 

So, dikesempatan ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin untuk semua! 



p/s: Dyeanne.... I did it! Kau plak! 

Thursday, January 1, 2015

Happy 2015

Selamat Tahun Baru! 

Benar bagai dikata, bila hati sudah tiada, segala tak terkata.
Diam seribu bahasa bukan bermakna tidak menulis berjela. 
Cuma dikesempatan lain, helaian berbeza. 

Chewah! Tahun baru, permulaan baru. 
Maka aku akan cuma mulakan dengan sesuatu yang baru juga.
Takkan dibiarkan lagi helaian ini kekosongan lagi.
Akan cuba diwarnai oleh coretan ting tong aku. 


Tidak mahu bercerita tentang azam, tidak mahu bercerita gosip juga. 
Akan ku fikir benda lainnya, tidak terluah kisah peribadi juga.
Privasi sendiri harus dijaga. Hahaha... 

Semoga tahun baru ini akan menjanjikan seribu kebahagiaan untuk semua, 
Moga dicapai apa dicita, agar hidup jadi sempurna.

Masih adakah lagi manusia, 
Yang ingin membaca coretan hamba, 
Penuh gila lagi ketawa, kalau ada  keluarkan suara, 
Hamba mahu melihat wajah si empunya. 

Hahaha.. Dafuq! Apa yang aku melalut ni weh? 
Nantikan coretan seterusnya ya! 

Thursday, February 13, 2014

Lagu Cinta Menusuk Kalbu

Selamat Sejahtera Semua!!

Well, fitrah  manusia dilahirkan dan dimatikan dengan perasaan cinta dalam pelbagai perkara.. Sangat luas cinta itu. Dari Pencipta sehinggalah kepada seekor kucing. Nah! Aku takkan bermadah, aku takkan feeling-feeling jadi romantik, tapi aku nak kongsikan satu lagu yang aku rasa sangatlah romantiknya.

So, lagu ini secara lahiriahnya adalah konsep cinta sesama manusia. Sama ada cinta songsang atau tak, korang yang nilai. Bahahaha... well, ada sesuatu yang kita takleh nak nafikan bila perasaan tu datang, so sangat tidak adil untuk orang lain mengadili cinta orang lain terhadap orang lain. (get it?).

Ladies and gents, this is the song.


All Of Me
[Verse 1:]
What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

[Bridge:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Verse 2:]
How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

[Bridge:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh


Flawless... kalau nak memuja CHINTA HATI masing-masing.. Inilah lagunya. FULLSTOP! 

Tuesday, February 11, 2014

Tamatnya Karnival Yang Memuaskan

Selamat Sejahtera Semua!!

Ada yang tanya kenapa tulisan aku cam pelik, cam budak-budak, cam tak matang, cam haremmm! TU SEBENARNYA MAKSUD KAU KAN? bahaha.... entahlah, aku dah biasa menulis seperti bercakap, so memang inilah gaya bahasa aku tanpa mengikut gaya tatabahasa dan tertib yang betul. Maaflah kepada yang kurang senang ya.

Oklah, kali ni nak bercerita tentang kehidupan aku yang super sibuk ni (kata kau)... lebih-lebih lagi pada 7,8 dan 9 Februari lalu. Ye... saban tahun akan ada Karnival Karangkraf, iaitu tempat aku bekerja, dan keadaannya sangat meriah dibawah cahaya matahari terik.




Well, aku takkan cerita secara detail tentang karnival ini since ini adalah kerja aku (da janji taknak cite pasal kerja terlalu banyak) tapi apa yang aku nak kongsikan lebih kepada penghargaan kepada pembaca majalah, pembaca novel yang tidak pernah berhenti menyokong bahan bacaan kegemaran mereka.

Terharu bila pembaca yang datang dari jauh, mahu berjumpa penulis, wartawan, penyampai gosip, pembawa fitnah yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka. Hm.. entahlah.. memang lain rasanya.. dan time inilah rasa begitu rewarding apa yang kita buat selama ni.

Lagi-lagi bila mereka ingat sesuatu yang yang kita sendiri dah lupa... Seriously, perasaan tu memang takkan boleh nak beli kat mana-mana. Dan perkara macam inilah yang memberi semangat untuk kami teruskan apa yang kami buat sekarang. Fuh...!


Well, without a doubt, highlight untuk aku dalam karnival ini adalah..... of coz showcase Joe Flizzow. Kepayahan, demanding, kepanasan, permintaan dan segalanya-gala terbalas bila tengok Joe atas pentas... dan berSELFIE bersama. hahahaha...

Terima kasih kepada yang hadir, terima kasih kepada yang menyokong majalah kesayangan ramai ini, dan sentiasalah top, pop dan hot!

Saturday, January 11, 2014

5 Cara Jimat Elektrik Gaya Aku!

Selamat Sejahtera Semua!

Oh... masyarakat Malaysia macam berdepan kiamat bila tarif elektrik nak naik. Serius ok.. ke sana sini cakap pasal benda ni dan aku rasa macam nak renjatkan elektrik je kepada si pengadu domba ni. Hiks! 

So, sempena bulan bermulanya kenaikkan, aku kongsikan beberapa tips yang aku dah cuba dan aku suggest dan harap korang praktikkan untuk penjimatan elektrik di rumah masing-masing. Check. 



Sebelum balik rumah, pastikan korang charge semua gajet macam handphone, ipad, tab, laptop atau apa sahaja di pejabat, di fakulti, di McD mahupun di rumah kawan. Langkah ini SANGAT berkesan untuk kurangkan penggunaan elektrik kat rumah sendiri! 

Bila di ruang tamu dok tengok Maharaja Lawak Mega, tutuplah lampu di dapur atau di bilik ek. Bukannya badan uols boleh dibahagi dua untuk berada di dua lokasi berbeza. Macam tu gak kalau bilik tidur uols di tingkat 4 (maklum rumah banglo 5 tingkat) nak turun dapur, lampu-lampu kat tingkat tu semua tutup. Simple. 

Anda seorang yang romantik? haaaaaaaa.... Gi Ikea sekarang dan beli lilin-lilin berbau vanilla, lavender, oren dan berbau kentot! Selain dari menimulkan suasana romantik dan tenang... Haaaa... secara automatik.... Yes!! ZERO usage of electricity! 

Ok.... Kalau basuh baju memang perlukan mesin basuh.. Tapi kalau setakat basuh bra, spender, boxer, singlet.... Korang bebetul perlukan mesin basuh ke? ..... Apa salah rendam dan dibasuh dengan tangan.. Kan! Jimat Elektrik, jimat air dan bentuk bra (terutama yang ada dawai) pun tak rosak! hiks! 

Ada confession jujur, rumah aku dah hampir 3 tahun tak beli beras. Haaaaa..... bukan tak masak, cuma tekak ni jarang makan nasi. Yes! Kawan-kawan rapat semua tahu kenapa aku kurang makan.. Haha.. AKU CUKUP PANTANG kalau dibiarkan periuk nasi dibiarkan KEEP WARM sampai 2 tahun.. get it, hey ko dah masak nasi tu, makanlah! Setakat keep warm 2 3 jam macam boleh terima lagi, tapi kalau keep warm dari pagi sampai ke malam, apa cerita?

Dan... banyak lagilah kan... air-cond over kipas atau kipas over air-cond? hmmm.. yang mampu pakai .. tak mampu kipas je. Apapun bagi aku, bila tiba kepada penjimatan elektrik banyak benda boleh di buat, cuma bergerak untuk menjadi lebih efektif tu yang susah. 

Selepas kita mengeluh dengan kerajaan, memaki hamun, mencacai kepada sesiapa sahaja berkenaan, apa kata kita tengok diri kita plak. Didik diri menjadi lebih electric boy! Gitu! 

p/s: Cabut semua plag pas guna.  

Thursday, December 26, 2013

TOP 5 Lagu Melayu Pilihan Aku Untuk 2013

Selamat Sejahtera Semua!!

Oklah, sesiapa yang kenal aku memang tahu aku kurang mendengar lagu-lagu berbahasa Melayu, ye, lagu bahasa inbunda aku sendiri. Bukanlah aku tak dengar, cuma.................. macam mana nak explain agar orang tak fikir aku ni TAK SEDAR DIRI? 

Minat aku lebih kepada lagu berbahasa Inggeris. Tu je. Tak payah nak aku terangkan secara in-depth lah kan. Cukupla setiap semua tahu setiap orang ada minat masing-masing.

BUT.. yes.. BIG BUT.... ada beberapa lagu Melayu yang berjaya menarik perhatian aku untuk tahun ni. Seriusly ok, sesetangah lagu itu ada bunyi yang sedap. Sesuai untuk mood yang kekadang murung bak putus cinta. 

So sempena hujung tahun ni, aku berikan TOP 5 (saja) lagu Melayu kegemaran aku untuk tahun ni. Of coz lah yang mainstream sahaja. Tak pandai nak explore lelagu indie Melayu ini. Please don't get me wrong. Saya masih Melayu! Hahahaha... Check it out!


5. NAJWA LATIF - I LOVE YOU
Simple song, simple lirik... Siapalah yang tak terbuai dengan suara manja Najwa ni kan. Dari mula budak Parit Amal, Batu Pahat ni muncul, aku dah minat sebenarnya. Lagi-lagi dengan sentuhan ajaib kakak dia, Ika buat lirik. Fuh!! Memang lah agak KG.COM atau bak kata orang putih cheesy... tapi formula tu berkesan. Formula yang cuba diikut oleh Ainan dan Tasha... Namun, gagal teruk!


4. NOMAD - TETAP MENANTIMU
The biggest new act this year! Itu pandangan akulah. Siapa lagi yang menerima tempias populariti sebanyak Nomad? Dahlah muka jambu, suara adik-adik (in a good way), minah-minah semua cair. Pandangan mata sepet dia tu, katanya menikam. Entahlah wey. Tapi bagi aku lagu ni memang best! Goodluck Nomad untuk 2014!


3. JOE FLIZZOW - HAVOC
Joe + Altimet + SonaOne = Kolaborasi tahap orgasm tahun ni! Perkataan Havoc dah cukup gambarkan impak lagu ni. Camna ek nak cakap, First time dengar lagu ni, perasaannya nak sumpah seranah sebab macam susah nak terima. Dengan rap melayu bandar yang sesetengah orang susah nak digest menambah carutan sampai ada kata merosak bahasa. Tapi bila dengar 3 4 5 kali... (dalam kes aku, sejuta kali) ... Kita akan dapat singkap, betapa geniusnya lagu ini. fuh! Sedikit bias... Album baru Joe, Havoc sangatlah amazing tahap dewa!


2. SHILA AMZAH - MASIH AKU CINTA
Perasan tak, Shila menjadi genius dalam muzik bila dia dikecewakan. Hahaha.. dengan lagu macam ni lah dia kekal relevan. Bak kata orang, berceritalah kisah diri sendiri dalam lagu, konfem boleh jual. Ini terbukti ok! Setiap lirik lagu ni MEMANG kisah dia dengan Sharnaaz. Tapi hasil akhirnya? Amazing. Impak kepada publik mungkin tak sehebat Patah Seribu, tapi bagi aku lagu ni seribu juta kali lagi hebat dari lagu tu.


1. BLACK - TAKKAN TERPISAH
Aku boleh listkan 20 ribu sebab kenapa lagu ni.... (ambil nafas dalam)... LIRIK, LIRIK, LIRIK, LIRIK, TIZ ZAQYAH, TIZ ZAQYAH, TIZ ZAQYAH, TIZ ZAQYAH, TIZ ZAQYAH, FARID KAMIL, FARID KAMIL, FARID KAMIL, FARID KAMIL, PIANO, PIANO, PIANO, PIANO, PIANO, BLACK, BLACK, BLACK, BLACK, BLACK, JODOH ITU MILIK KITA, JODOH ITU MILIK KITA, JODOH ITU MILIK KITA, JODOH ITU MILIK KITA, JODOH ITU MILIK KITA, JODOH ITU MILIK KITA, ...... ok dah 20 ribu sebab? Hahahhaha...

Penghayatan gila Black buat aku terpaku. Petikan piano pada 5 saat pertama dah buat hati aku cair. Video klip yang berjaya hilangkan kehitaman Blackk buat aku fikir betapa bijaknya Astro jual suara sahaja. Dan gandingan mantap Tiz & Farid berjaya mematerikan lagu ini dalam benak aku untuk jangka waktu yang lama. Sehingga hari ni.... esok dan mungkin selamanya?

Apa lagu pilihan korang? Jom lah kongsi. 

Tuesday, December 24, 2013

3 Dalil Kenapa Aku Kena Tulis Blog Semula

Selamat Sejahtera Semua!!

19 Februari dan kini 24 Disember.... Kiralah berapa bulan aku tinggalkan arena penulisan di sini. Ye, dah janji berapa kali nak tulis, takkan gagal menulis, akan cuba tulis walau sibuk, kerja tak ganggu aku tulis blog, blog akan diutamakan, blog akan diangkat lebih tinggi dari web yang aku jaga (ops!). Akhirnya?? 11 bulan memburuk dan membusuk sini! 

Secara jujurnya, blog aku ni ada ke yang membaca? kalau ada tu baguslah, kalau takda tu like i care kan... Tapi yang pelik, duit Nuffnang tetap berpuluh jua sebulan. How? See, i don't give a damn about Nuffnang, tentang pendapatan dari blog ni.. dulu pernah fikir dan gigih dan hasilnya memang lumayan, tapi since duit gaji pun tak habis nak makan untuk 8 bulan akan datang (tumbuk diri sendiri) ..rasanya biarlah duit dari sini datang tanpa disedari, itu lebih baik. Bila buka akaun Nuffnang tu, feeling2 terkejut sebab duit bertambah. hiks! 


Korang nak tahu kenapa aku boleh kena sawan nak tulis blog semula? Hahaha... Tidak lain tidak bukan ada berapa sebab yang agak kukuh. Bak kata orang macam petanda besar gitu. Nooooo!!! Bukan aku kena penyakit serius sampai perlu simpan jejak untuk hari-hari terakhir, tapi..... hmmm.. entah! 

Tapi setelah fikir baik dan buruk, berfikir panjang... aku dapat keluarkan tiga alasan kukuh (dan mungkin bertambah) kenapa aku tulis semula blog. 

1) AFIL
Ye... budak ni.... budak ni punya pasal.... nak tahu sapa dia, tengok kat sini AFIL ..... dia ada blog.. suka baca tulisan dia.. budak ni sebenarnya satu team kat tempat kerja. Pandai menyanyi, suka muzik Indon, muka tu ada, tapi sejak stop gym, badan jadi debab cam aku... eh.. kecil ckit. Bahahaha... paling penting dia ni kuat meroyan... kan Afil? Ok, bila dia start tulis blog dia, aku terus terimbau kenangan aku tulis blog... secara automatik perasaan rindu nak menulis tu datang semula. Apa kejadah aku terkesan dengan tulisan dia agaknya. Tapi itulah, he makes me realize that i have a very beautiful blog as well! bahaha....  TQ nok! 

2) RAKAN-RAKAN RANDOM aka MAKHLUK ASING
Sebab yang kedua paling pelik.. paling aku tak sangka, dan paling rasa seriau sebab ada yang baca blog aku. Bahaha... KES 1: Kawan kakak aku boleh jumpa blog aku dan tanya kat FB 'Kenapa stop tulis blog?' n i don't even know her!!!!!! (spoookkyyy!). KES 2: Mungkin agak biasa, kawan baik aku yang sekarang tengah pregnant 3 bulan selalu tanya benda yang sama 'Please update your blog, tapi jangan update pasal kerja ko. Meluat!' damn thats hurt. KES 3: Semalam kat Mid Valley ada event tengok wayang cerita Police Story 2013 dengan pembaca dan artis. Photografer kitaorang (Niza? Nisa? I don't know her name) tegur aku, 'abang ada blog ek? saya nak cari benda lain terbuka blog abang'. Kau rasa apa reaksi aku ketika itteewwww??? Adakah ini semua kebetulan? i don't think so! 

3) CARTA HUJUNG TAHUN
Its nothing actually... Tapi suka suka kongsi minat aku dalam muzik.. dan setiap kali hujung tahun memang aku akan kongsi carta-carta yang aku minat. Muzik, MV, skandal, gosip, filem apa-apa je. Dan dada aku macam nak pecah sebab teringin sangat nak kongsi semua ini dengan mereka yang membaca. So, InsyaAllah mungkin bermula hari ini aku akan start masukkan carta-carta hujung tahun aku. khusus untuk rujukan dan mungkin menjadi KPI aku untuk tahun hadapan. Bahahahahaha.... 

Pheewww!!! ok. Cukup panjang ye untuk entry kali ni. Apa pun, hope uols enjoy baca dan sempena hujung tahun dengan Krismas dan cuti panjang bagai, aku nak ucapkan, jangan nakal-nakal. Be safe. Use protection! Bahahahah.... 





Tuesday, February 19, 2013

Aku Disuruh Berlakon Takut Kucing!

Selamat Sejahtera Semua!!

Yes! Baca tajuk entry kali inii. Come on man, manusia mana yang nak percaya jantan gemuk boleh takut dengan kucing! Haha... Dan itulah yang aku terpaksa buat. Berlakon takut kucing walaupun sebenarnya tidak! Yess... aku tak takut kucing, cume geli... kuulangi, GELI kucing. 

So, program yang sepatutnya ketengahkan editor aku, Che Meen, bertukar kepada aku... Kegelian aku kepada kucing telah disalah ertikan! Pendekkan cerita bertempat di sebuah kampung kat Kuala Selangor, aku pun join satu rancangan TVi yang berjudul 'Ada Berani?'.. dengan slogan menariknya, APA ADA HAL, BUAT JER! hahaha....


 Tell you the truth, aku tak pernah tengok TVi ni, dan tak tahulah konsep tv, konsep rancangan dan semua kejadahnya tentang TVi ni. Pada yang tak tahu, Ada Berani ni membantu peserta-peserta untuk melawan phobia masing-masing. Serius menarik! Tapi bila kau jadi peserta, haruslah kena lutuk dengan penonton kat rumah! Kan? 


Ok, berbalik kepada cerita kat Kuala Selangor ni, kami pergi ke sebuah rumah kucing yang besar, super besar... 200 ekor! Yess... siapa yang tak geli? Bau hanjing, bau taik dan macam-macam lagi. Huh! Memang geli bro! Geli ar! Geli lagi. hahahaha


So, dengan Rina Omar sebagai pengacara, aku pun feeling2 takut dengan kucing. Hahaha ada beberapa cabaran.. bagi makan kucing, pegang kucing yang maha besar dan maha kecil (yang kecil aku geli), dan pakaikan rantai kat kucing tu. Easy right? Hahaha... tapi kalau ada 200 kucing sekitar ko, bayangkan sendiri keadaannya. 


Sejam je dah habis shooting. Maklumlah profesional... So, sekarang tunggu tarikh siarannya sambil berkenalan dengan TVi dengan lebih rapat. Hahaha matilah! 


Tengok-tengoklah gambar yang aku sertakan! Yang tak bestnya, time aku lompat pun di ambik gambo! Macam lembu terbang dah gaya aku! 

p/s: AKU TAK TAKUT KUCING, CUMA GELI!