Sunday, May 15, 2011

Sesiapa Peminat OREO?? Segalanya Tentang Biskut OREO!!

Selamat Sejahtera Semua!!

Selamat Hujung Minggu... Hari ini macam nak makan Oreo tak? Biskut yang sangat terkenal. Dahlah warna hitam legam, nasib baik inti kau sedap! Memang layanlah kalau makan! Hahaha.... Yes, Oreo adalah salah satu biskut kegemaran aku. Paling best makan oreo pas makan makanan yang pedas. Rasa manis dengan sikit rasa masin tu, boleh buat aku tersenyum ok! Itu belum lagi di makan dengan aiskrim, buat base untuk cheesecake, buat cake dan segala macam benda lagi! Haiya.... Sangat versatile tetapi bagi aku, lebih sedap dimakan macam tu sahaja! 

Entry kali ni, aku bercerita tentang semuanya berkenaan dengan Oreo! Konfem buat air liur meleleh-leleh! Hahahaha.... Layan! Pasni rerami serbu shopping complex cari Oreo!

Permukaan Oreo yang sebenarnya!!! Haaa.... Jangan plak ada yang kata ni ada lambang Illuminati la.... itula.,. ini la.... Hahahha.... Yang penting, makan!

Sekarang kita tengok antara produk-produk yang dikeluarkan! Get ready, korang akan terperanjat dengan apa yang akan korang nampak.... Hahaha.....


OREO Big Stuf - Oreo versi lebih besar dari biasa! Dari gambar macam 2 kali ganda lebih besar dari bentuk yang sekarang. Diberhentikan dari pasaran sejak tahun 1991... Ahhhh... Alangkah best kalau masih ada sekarang! 

OREO Fudge Cremes  - Disalut dengan coklat.... Hilang akal!

OREO pertama kali berada dipasaran adalah pada tahun 1912. Bermakna tahun ini adalah tahun ulang tahun ke-99.... Wow.... Tahun depan ke-100!


OREO Football Shaped -  Dipasarkan sempena menyambut musim American Football yang bermula di Amerika Syarikat! Bentuk comel! 

Sejak mula dijual. OREO telah terjual sebanyak........... ehem, 491 billion! Billion ok! Hahaha... Menjadikan biskut ini adalah biskut terlaris dalam sejarah manusia! 


OREO Cakesters - Oreo dalam bentuk cake. Lembut!

Pada awalnya, OREO terdapat hanya dalam 2 perasa CREAM dan LEMON sahaja! Sekarang Oreo telah berevolusi dengan berbagai perisa dan warna! Layan sangat!

 GOLDEN OREO - Limited Edition punya! 


OREO Triple Double -  Produk terbaru! baru keluar tahun ni. Bilakah akan sampai Malaysia! Yummmy!

 OREO Chocolate Candy Bar! Wow! Mesti kalah Sneakers! 

OREO Organic - Makanan sihat katanya diperbuat dari tepung dan gula organik! nak cuba?

 OREO Banana Split Creme - Perisa pisang ya'll!!!!! 

 OREO Funstix - Macam biskut belanda plak. Iklan untuk Funstix ni siap kata leh buat straw lagi! 

 Bijirin sarapan OREO O's.............

OREO Peanut Butter Creme! Oreo + Peanut Butter... HEAVEN! 

OREO Fudge Rings

 OREO FUDGE SUNDAE CREME

OREO Wafer Sticks

 OREO Cool Mint Creme


 OREO Red Creme -  Dikeluarkan sempena filem How To Train Your Dragon

 OREO Double Delight - Oreo belang-belang

 MINI OREO -  Saiz sekali gigitan je/Bite size
 OREO Sippers - Satu lagi produk yang boleh dibuat macam straw. Hahaha.... Senang nak sedut susu.

 OREO Fudgees


OREO Strawberry Milkshake Creme. Warna Pink lak intinya! Haaaa......

Phewwww!!! Percayalah. Ini adalah sebahagian dari produk yang ada berkaitan dengan OREO yang sempat aku kumpulkan kat sini. Kalau pergi shopping complex biasa memang tak jumpa kebanyakkan produk ni, tapi kalau gi ke Sipermarket barangan import macam kat Cold Storage ke, atau market lain yang high class/high end.. memang akan ada ok! Cuma harganya mahal sikit dari produk yang biasa kita dapat! Selamat datang ke dunia OREO! 

p/s : Tetiba rasa nak buat party Oreo.

10 comments:

  1. *terleleh*

    tengok entry ni tetiba teringin nak makan..
    dah lama xmakan biskut ni.. xD

    ReplyDelete
  2. sedapnya...
    terliur tengok...
    nak kena cari oreo nie lepas nie..
    hahaha..
    happy Oreo TiMe.. ^_^

    ReplyDelete
  3. ni biskut wajib beli tyme dok hostel ni

    ReplyDelete
  4. aku suka oreo. memang sedap dapat makan oreo

    ReplyDelete
  5. saya pminat no1 oreo!!! nyum,..nyum..

    ReplyDelete
  6. kalau lah ada sume ni kat malaysia, dah tentu2 saya nak beli sume.. =P

    ReplyDelete
  7. sumerr bestt!! nak gak!tolong belikan bleh??

    ReplyDelete
  8. byknye..
    tp aku berkenan tang 'cool mint cream' tu..
    aku ske yg mint2 nih..
    hehehe..

    ReplyDelete
  9. Terliur den tengok ni semua. Tapi takde pun jumpa orang jual oreo macam ni.

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    ReplyDelete