Saturday, April 2, 2011

Percutian Sehari Di Bukit Tinggi - Colmar Tropicale & Japanese Tea House. Tonggek Bontot!

Selamat Sejahtera Semua!!

Selamat berhujung minggu! Maaflah lambat hari ni masuk entry...Bukan apa, cuma sibuk, maklumlah, nama pun hujung minggu di awal bulan. mestilah banyak benda  yang nak dibuat! Ingat tak kemana aku menghilang last time? Haaa... kalau nak tahu, aku pergi merayap sampaikan blog ni terabai sampai 2 minggu! So, untuk entry hari ini, adalah khas entry gambar extravaganza, banyak gambar-gambar yang menarik dan tak menarik yang akan aku kongsikan!

Aku kemana? Hahahaha... Aku gi dekat je. Itu pun balik hari. Tak tidur pun. Hahaha... Nama pun percutian singkat dihujung minggu. Makcik aku a.k.a Datin Besar teringin sangat nak ke sini, dengan aku pun tak pernah pergi, maka ini adalah masa yang sesuai untuk pergi! Kami ke Bukit Tinggi la! Ke mana lagi.. Jarak pun dekat, dalam sejam je dari KL. Bayar tol RM5.00 dah sampai! Hahaha....

Banyak gak yang menarik yang ada di Bukit Tinggi ni, selain dari Colmar Tropicale yang ala-ala Kampung Perancis tu, ada juga Japanese Tea House, Rabbit park, Botanical Garden, dan macam-macam lagi! Memang berbaloilah kalau nak pergi satu hari. Kalau pergi banyak hari, aku pun  tak tahu nak buat apa, kecuali bergentel dalam bilik! Hahahaha.... tapi yang menarik perhatian kami hanya Colmar Tropicale dan Japanese Tea House je. So, dua tempat je yang menjadi tempat persinggahan kami! So, korang tengoklah gambar yang aku sediakan! Ok? Enjoy!

 SELAMAT DATANG KE COLMAR TROPICALE!! 
Selamat Melawat!


Harga tiket ke pusat peranginan Bukit Tinggi ini adalah RM12.0O seorang. Kiranya dengan sekali bayaran ni, korang leh pergi ke semua tempat menarik di sini. Tak perlu nak bayar lagi! Kecuali ke Rabbit Park, kene bayar RM3 kot! Kalau tak silap! Peringatan kalau pergi ke sini, bawaklah air minuman banyak-banyak. Air mineral ke, air tin ke, apa-apa je untuk membasahkan tekak! Aku warning awal-awal, harga makanan kat sini sangat mahal! Bayangkan untuk satu tin air Season's RM7! Aku ulangi air tin 325ml berharga RM7! Bayangkan!







Huhuhuhu.... Inilah geng kembara aku. Dari kiri Uan, Gemuk, Kiki dan Datin Besar (semua bukan nama sebenar)... Seronok mengukur jalan! kami datang awal pagi, so masih belum ramai orang dan tak panas! Sangat selesa untuk berangan-berangan di luar negara! Pose! 1,2,3 Bam! Bam!


Gambar seterusnya, kita berada di kawasan Japanese Tea House. The World's First Japanese Tea House In Tropical Jungle! Hoho! Tempat yang sangat cantik! Sangat-sangat lain.. Macam masuk ke dunia Alice in Wonderland..... Huhuhu... Ade air, terusan, batu-batu besar dan juga konfem ada banyak budaya Jepun disini. Jom jalan lagi!





Datin besar begitu gigih menyewa kimono dengan harga RM20 sepasang! Pakailah satu hari pun, takda sape nak kisah! Ambik gambar banyak-banyak dan pose! Boleh berangan jadi orang jepun walaupun loghat jawa tetap takleh nak buang! Korang juga berpeluang menghadiri Upacara Minum Teh Jepun dengan harga RM28 sahaja. Dapat sewa kimono sepasang dan join upacara minum teh! Satu pengalaman baru! 



Haaa.... Ini adalah lori shuttle yang membolehkan korang bergerak ke semua tempat dengan mudah! Just park kereta kat satu tempat! Dan boleh gunakan servis ini secara percuma! Sangat mudah dan cepat! Lebih meriah dan happenning! Woot! Woot!


Oh ya! Bersedia untuk mendaki bukit sejauh kira-kira 400 meter dengan darjah kecuraman 45 darjah! Huhuhu.... Kau jawab! Mengah, basah ketiak, kepam bau! Hahaha.... Kesian Datin Besar dengan kasut yang tak mesra hutan tu! Hahaha... Tapi tetap gigih! Hahahaha...

Walaupun penat tapi sangat seronok ya! Lagi seronok bila kita ada stamina yang cukup dan juga kasut yang sesuai untuk berjalan! Percayalah! Bila sampai sini, segalanya perlu berjalan kaki! Aduh! So pada sesiapa yang nak bercuti secara bajet, dan kemut nak kuar duit bayar hotel, bawaklah anak-anak kesini, seronok jua! banyak yang boleh dilakukan. Semuanya dalam satu hari sahaja! Pergilah beramai-ramai ok! jangan buang masa lagi! Huhuhu.

p/s : Macam nak pergi lagi je! Jom!

14 comments:

  1. wohoo~ klasik giler tempat ni.. tak penah pegi lagi~ :">

    ReplyDelete
  2. wahh
    teringin gila nak g Bukit Tinggi tuu
    bestt nyaaa

    ReplyDelete
  3. wah.. bestnya melancong.. nk itot..

    ReplyDelete
  4. kenangan terindah saya di sini. :P

    ReplyDelete
  5. klau sy gi sini nk layan kendo ar, hukk...

    latest en3: hayabusa di taman sakura

    ReplyDelete
  6. best n cantik tempat ni.. 1 more thing, pandai awk edit pic2 nie... tabik spring!!!

    ReplyDelete
  7. tempat yg menarik untuk melancong jangka pendek..

    ReplyDelete
  8. terbaik!! Pnh p mcm x puas n ni nk p lg ngan mkcik n d geng plx..

    ReplyDelete
  9. nila niswan ke tu? kim salam kat die yea.. Ochee.. :)

    ReplyDelete

  10. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete