Thursday, March 3, 2011

Buku Mewarna Termahal : Mewarna Style Orang Kaya. Hermes Style!

Selamat Sejahtera Semua!!

Harap semuanya sihat ya! Hari ni aku nak bercerita lagi tentang jenama mewah dengan barang tak masuk akalnya... Hahaha... Ade sesiapa berminat? Kalau berminat teruskan baca, kalau tak berminat...... You know what to do.! 

Pada yang dah tau atau tak tau, banyak dah jenama mewah yang keluarkan barang-barang untuk kanak-kanak. Bukan untuk mak bapak orang je, anak yang baru sehari tengok dunia pun dah diberi kemewahan. Contohnya Gucci, CK, semua ada pakaian untuk kanak-kanak/bayi. Tak payahlah cakap pasal GAP ke, Guess? ke, entah apa-apa lagi. Memang dah jadi pakaian seharian je untuk budak-budak ni! Yela mak bapak mampu!

Kali ini aku nak memperkenalkan satu benda yang sangat-sangat-sangat tak masuk akal! Yup... Terima Kasih kepada HERMES (yang terkenal dengan Birkin, Kelly yang cecah puluhan ribu tu!) kerana telah berjaya mengeluarkan BUKU MEWARNA termahal didunia! Yeay! Perhatian : Buku mewarna untuk anak ye. Bukan untuk mak atau ayah!



Nama buku : Hermes Les 4 Mondes Coloring Book
Dimensi : 15 x 11 inci
Jumlah mukasurat : 12 helaian dengan 24 corak untuk diwarnakan
Harga : USD135.00 bersamaan (Lebih kurang RM400.00)


Penatlah aku explore internet nak mencari isi kandungan buku warna ni.. Tapi tak jumpa.. Eksklusif sangat kot! Apapun, memang tak masuk akal, benda yang akan diwarna, silap-silap hari bulan diconteng, dikoyak dijual dengan harga yang sebegini mahal.... Aku pun masih tak faham dari segi logik mahupun psikologi dan pemikiran orang kaya (sebab memang takkan kaya), tapi kalau tak ada permintaan mana mungkin akan ada benda ini dipasaran. Betul tak?

Macam biasa kalau rasa aku tipu, boleh check fakta KAT SINI.. Nak shopping sekali pun boleh.

p/s : Nak berangan kaya masuk butik Hermes kat KLCC, semata-mata nak tengok buku ni masuk Malaysia tak. Mampu?

8 comments:

  1. As salam..
    Napa mahal sgt?
    rasanya setiap kali nak mewarna, warna tak akan keluar dari gambar tu kot. sebab tu mahal.ada teknik yg unik.

    ReplyDelete
  2. mak aihh
    kemaen lagik rege dye!
    ad ke yg sggop beli neh?
    haha :P

    ReplyDelete
  3. gila la..nak warna ja pun..haha..bek aku lukis kasi..x yah duk pi beli..haha

    ReplyDelete
  4. haaaa..org kaya da xtaw nak guna duit tu watpe..bagi org miskin makan kan lagi bagus..

    ReplyDelete
  5. mahal nya baik beli buku mewarna kat kedai rm2 jerk haha

    ReplyDelete
  6. Hеllo thеrе, just bеcamе awаre of
    уour blog thгough Google, and found that it
    is really informative. I am goіng to watch out for brusѕels.

    I'll appreciate if you continue this in future. Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!

    my webpage - http://www.2Applyforcash.com/
    Feel free to visit my weblog :: payday loans online

    ReplyDelete