Thursday, February 24, 2011

Review : Dendam Red Velvet Terlunas Di WHISK, Empire Gallery

Selamat Sejahtera Semua!!

Salam keceriaan ya kawan-kawan! Hati sangat gembira semalam dan hari ni. Senyum sampai ke telinga ok! Bukan menang cabutan bertuah Petronas atau apatah lagi Sijil Simpanan Premium. Tapi hajat dan pemburuan aku tercapai! Bila dah tercapai, tentulah hati berasa kepuasannya. Kepuasan apakah ini? Hahaha...

Al-kisahnya, semalam aku dapat juga aku memenuhi nafsu aku untuk melantak Red Velvet! Kahkahkah... Pada sesiapa yang tak tahu, aku ada buat entry mengenai pemburuan aku KAT SINI. Aku ada tanya kat mana ada jual red velvet yang sedap dan memuaskan hati. Alhamdulillah, ada 2 3 orang yang respon  dengan jawapan di Whisk, Empire Gallery. Maka, dengan gigihnya semalam, berdirinya aku di situ dengan seribu satu harapan! 



Whisk – Espresso Bar & Bake Shop is the place to go! Kedai comel yang sangat sesuai didefinasikan sebagai sekangkang kera ini menjual bermacam-macam kek, cupcake, macaron, pie, dan bermacam lagi khas untuk memuaskan nafsu kita. Semuanya dibuat setiap hari oleh tuan punya kedai. Home-made gitu! So, macam terasa air tangan makcik dan kakak kedai ni. Hahahaha.... Aku takdalah nak rasa semua menu yang ada tertulis kat gambar tu... Aku just  beli bestsellers kedai ni. Red Velvet dan Hummingbird. Bukan burung ok! Ini kek ya! Burung takde menjadi korban dalam pembuatan kek ini.



Inilah dia.... The famous Red Velvet from Whisk! Jeng jeng jeng... Sangat merah darah, sangat manis, sangat mengiurkan dan sangat bahaya untuk kesihatan kalau makan selalu. Kek butter berperisa vanilla dan di-frosting-kan dengan cream cheese ini berharga RM11.90.... Mahal? Maybe you should stuck with your "Resepi Rahsia" la kalau macam ni. Hahahaha... Aku harapkan cream cheese yang lagi banyak dan tebal dari ini. Apa pun untuk sementara ini, rasanya cukup untuk memenuhi nafsu aku! Pemburuan Red Velvet bermula lagi! Anyone?



Tak mungkinlah aku beli satu kek je kalau dah tengok kek yang melambak kat kedai ini. Bila nafsu aku kata nak yang ni, aku anggukkan ajelah! Maka, inilah Kek Hummingbird! Kalau orang kampung, mereka panggil kek pisang je. Memang pisang pun bahan utamanya tapi di campur dengan nanas dan kacang pecan! Sekali lagi di-frosting-kan dengan cream cheese.. Haiyooo... cream cheese saja, icing marjerin dah pupus ok! Hahaha.. Dengan harga RM11.90 sepotong, sekali lagi, berjaya membuat aku senyum tak berkata apa-apa! Arghhhhh!!!

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kek yang aku makan! Tapi sedikit tak puas hati dengan harga yang agak mahal dan saiz yang kecik! Sesekali nak makan oklah, nak selalu tak mampu. Kawan aku cuba bandingkan dengan "Resepi Rahsia".. Semua terpulang pada tekak masing-masing. Tapi bagi aku, kita tak boleh nak bandingkan kek tradisional macam ni dengan kek moden macam keluaran "Resepi Rahsia". atau dari mana-mana jua. BTW pada yang tak tahu, Red Velvet dengan Hummingbird ini adalah kek tradisional penduduk USA terutama dibahagian Selatan negara tu contohnya kat Kentucky dan Louisville. Thanks Wikipedia! Macam kuih bahulu atau atau kuih kek lapis Sarawak kat Malaysia ni! Hahahaha..



Pada yang nak cuba, silalah pergi ke kedai ini ok! Tapi make sure cepat, jangan berangan nak pergi petang, sebab selalunya segalanya habis dengan cepat. Macaron semalam pun tinggal satu rasa saja. So, siapa yang lambat memang ketinggalan ok! Kat atas ini ada alamatnya! Cuba jangan tak cuba! Cuba jangan tak cuba! Oh, Whisk ini sangat stylo ok! Korang akan terpana dengan deko yang begitu messy yet beautiful! Haaaa..... Just go!


Happy customer!

p/s : Red Velvet kat Bangsar Village!  Get ready Daily Grind! Hahahaha.... Kau tunggu! Oh, Many thanks to THIS BOY!!! folo him! Peneman dikala lapar!

26 comments:

  1. amboiiii.....tiba2 rasa lapar semula..huhux

    ReplyDelete
  2. Ic..ada jual kat situ ye RVC TU..nnt mak nak usya kat situ la plak. RVC tu mmg sedap kan??

    ReplyDelete
  3. aku nak makan macaron kat sini!!! xaci ko dah smpai!!huhu

    ReplyDelete
  4. alamak! x ajak pun.. wuuu~ lapar..adesss

    ReplyDelete
  5. pandaila ko wat khalis lapa..hahaha..yummy..

    ReplyDelete
  6. lapaaaa..
    lapaaaa..
    lapaaaa..
    nk sikitt...

    ReplyDelete
  7. Wooh. Giler ah! Nampa sedap giler! Fuhh -.- bikin gua meleleh beb XD

    ReplyDelete
  8. sedap msti la mahal ceq oiiiii~tengok pun dah kasi aura ni..hehe

    ReplyDelete
  9. eh, kat bangsar village pon ade eh...boleh pergi memburu ni kalu gitu...jeng jeng jeng...hehe

    ReplyDelete
  10. wah..wah..wah...pasal makan..no satu yaaa...

    ReplyDelete
  11. hahaha muka tu mmg muka kenyang :P

    ReplyDelete
  12. ooo tradisiona kek kee... now i knw. thnx for teh info!anyway tht looks yummy!

    ReplyDelete
  13. haha "resipi rahsia".. tak try "merket ikan man hattan pulak'?

    ReplyDelete
  14. red velvet...merahnya,belom pernah rasa lg..bila taktau boleh rasa,nanti nak pi cari gak sepotong-dua.

    ReplyDelete
  15. Sampai hati tak tapau pastu pos ke terengganu 1 slice untuk cik Yana. Merajuk setahun dengan encik Kay!!!

    ReplyDelete
  16. asslmkm....wow red velvet my fav sll mkn kt bakery dlm crown plaza kl

    ReplyDelete
  17. wah..best nye. nape ramai sgt yg mkn kek ari nie ek?

    ReplyDelete
  18. omg omg omg! maw!
    kat penang takde tempat best nak makan kek..
    duhh =.='

    ReplyDelete