Thursday, February 17, 2011

Perbandingan Tekak : Cool Blog, Each A Cup & Ice Age ................. Brain Freeze!!!

Selamat Sejahtera Semua!!!

Sekejap dah hari Khamis... Esok dah Jumaat, pastu Sabtu... Hari Sabtu paling best... Cuti-cuti boleh keluar cari makanan atau minum-minum dengan kawan. Bukan menonggang ok! Lepak-lepak, bual-bual, chill. Hari ini aku nak buat perbandingan tentang sesuatu! Sesuatu yang membuatkan aku tersenyum lebar! Sesuatu yang membuatkan otak aku membeku seketika, dan sesuatu yang membuatkan aku sejuk je memanjang! Apakah itu?? Jeng jeng jeng! Tengok gambar-gambar kat bawah ni! 


Kau nampak aku menyedut apa tu??? Hahahaha... Penah ke korang menyedut apa yang aku sedut? Tak puas lagi? Cuba korang tengok aku menyedut lagi! Kali ni berduet lak!


 Sekali lagi aku gigih menyedut! Apa yang aku sedut? Sedapkah? Hahahaha....

Untuk hari ini aku nak buat perbandingan mengikut tekak aku yang sangat boleh dipercayai ini. Ada tiga (3) kedai yang menyajikan segala ice-blended, ice water, ice kepal, ABC dan memacam jadah lagi! Kedai yang akan menjadi perbandingan aku adalah, COOL BLOG, EACH A CUP dan ICE AGE!!! Get ready?


Wakil Dari Singapura - Cool Blog!

Saya suka Cool Blog! My feveret! Tiap minggu mesti minum! Haaaa... Itu adalah antara ayat yang keluar setiap kali aku nampak review benda alah ini di internet! Oh, nampak sangat mereka tak pernah rasa minuman kat kedai lain! Sebagai peneraju (gitu!) Cool Blog memang banyak pengikut ok! Kat mana-mana sahaja memang penuh dengan orang.. Tapi pada pandangan aku, semakin lama semakin kurang "kick" la! Kurang manis (Mydin Subang), Kurang mesra pelanggan (Subang Parade).. dan.... yang lain tak payahla sebut! e.g - Pekerja Indon, Minah rempit make-up tebal! Hahaha.... Apapun Chocolate blended mereka memang terbaik! (Sebelum kenal yang lain, ini pun kegemaran aku!)


Wakil Dari Taiwan - Each A Cup!!

Each A Cup is the new Cool Blog ya'll!!!! Agak mahal dari yang lain tapi percayalah! Segalanya berbaloi! Sekali lagi aku bandingkan dengan minuman feveret aku, Chocolate Blended with Pearl. Serius wey, segalanya banyak ok! Serbuk chocolate banyak gile dia letak sampaikan dah terasa pahit yang sedap! Pearl yang dekat-dekat 3 sudu dia letak, sampaikan ais dah habis, pearl masih ada lagi. Memang sedap! Dah 3 4 kali makan, rasa tetap konsisten, sama maca memula dulu! So tidak mustahil la aku akan terus ke sini. Tapi yang agak tidak menceriakan aku, pearl dan segala jelly-jellynya sama dengan Cool Blog, so kadang-kadang macam bosan dengan pilihan yang ada... sampailah aku jumpa yang kat bawah ni... OMG! 


Wakil dari Malaysia ke? - Tak jumpa lak asalnya.... terletak kat e@curve, Mutiara Damansara!!

This is serious stuff. Dangerously addictive! Segalanya bermula dengan satu kedai sahaja! Jangan francais banyak-banyak semata-mata untuk menjaga kualiti yang sama sepanjang masa! Pertama kali jumpa, ingat mesti sama macam kedai yang lain, tapi aku silap! Kat kedai ini,  minuman feveret aku ialah, Chocolate Oreo Blended with Yogurt Pearl (nama tu aku yang reka sendiri!) hahaha... Korang bayangkan ice blended yang pekat, dicampur dengan 3 oreo cookie dan pearl yang AMAT luarbiasa. Pearl yogurt ni bulat berwarna putih, pastu kat dalam pearl ada cecair, so kalau kita gigit, pearl itu akan meletup dalam mulut dan terpancutlah cecair yogurt! SANGAT ASYIK DAN NYAMAN! Sangat susah ya untuk aku explain kat sini! Damn! Korang patut cuba! Kat tempat lain ada tak Yogurt pearl yang meletup tu? Adakah aku yang ketinggalan? 

Syukur aku diberi peluang dan tekak untuk merasa macam-macam jenis makanan dan minuman. Haha... Ini semua 100% bergantung pada tekak dan pengalaman aku ok! Kalau tak setuju korang boleh putarkan pendapat masing-masing! Apapun..... Makan biarlah berpada-pada. kalau sedap kita hebohkan, kalau tak sedap, kita hebohkan lagi kuat! Hahaha... Enjoy!

p/s : Nak review ice blended Starbucks, Coffee Bean, Dome dll  masih belum mampu lagi! Hahaha

19 comments:

  1. hahahah.. p/s tu best.. kikiki.. each a cup sangat sedap bended oreo stbery dengan mint! superb!

    ReplyDelete
  2. hurmmm..mcm menarik je mnde ni. balik mesia nti nak carik la..hehe thanks for sharing yea.. sy mmg xpnah denga psl minuman ni..emm

    ReplyDelete
  3. hahaa.. jom tnjukkan aD kt mana n blnje sekali.. mihahahahah :P

    ReplyDelete
  4. perghh akk tgh diet ni wh..jgn goda akk..huhuu

    ReplyDelete
  5. sedap2 ! teringin lak malam2 :P

    ReplyDelete
  6. minuman2 macam ni,memang sedap..haha

    ReplyDelete
  7. slalu minum cool blog ngan each a cup tp sy suka cool blog lagi kot. hehe. ice age blum pnah rase lagi. nnt nak try la

    ReplyDelete
  8. terliooor beb...huhuhu tap..tap..menitik ayor lior,,hihih

    ReplyDelete
  9. aku tak suka minum.. aku tgk je dekat2 kat situ.. teruja tgk mesin dia.. hahaha... dok pikir kot2 leh jual cekodok guna mesin tu...

    ReplyDelete
  10. uishhh terliur tgok bnd yg dlm coolblog tuh...ade jelly2..hahahaha
    tmbikai susu satuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  11. aku suka cOOl blog, kat Kuantan x pnah jumpa, hope ade owg bukak kat cnie

    ReplyDelete
  12. dulu saya pon suka each a cup. tapi lately dengar orang cakap pearl dia tak halal. betul ke? and saya da stop makan each a cup. saya beralih ke cool blog. lagi sedap!!! lagipun bubble dia HALAL jakim tau?

    ReplyDelete