Sunday, January 9, 2011

Sebab-Sebab Orang Ramai Tetap ke Restoran Mamak Walaupun Harga Dinaikkan

Selamat Sejahtera Semua!!

Seminggu dua ni sibuk benar cerita pengusaha restoran mamak nak menaikkan harga makanan mereka disebabkan harga barang-barang mentah yang melambung. Mereka bagi kata dua lagi, kalau rasa mahal, tak payah makan kat mamak (lebih kurang macam tu la maksudnya).... Pada pandangan aku, aku tak kisah sangat pasal kenaikkan harga, asalkan tak melampau-lampau sampai terpaksa korek tabung babi aku semata-mata nak makan tosai telur.

Pada pandangan aku, abang-abang mamak tak perlu risau. Sikit pun kedai mereka takkan terjejas dengan kenaikkan harga yang dikenakan... Orang ramai, datok nenek, tua muda, dara janda semuanya akan tetap berkerumun ke mamak. Jom aku buktikan... Dan.. Sila betulkan kalau ada salahnya.... Hahahahaha....

PERTAMA
Selain dari gerai sarapan pakcik-pakcik pencen askar atau bomba, di mana lagi kita nak dapatkan roti sardin? Lagi-lagi bila perut berkeroncong pada pukul 2.00 pagi? Nama mamak gak yang korang seru... Tak gitu? Lom lagi ditambah dengan roti-roti pelik yang lain yang tak mampu dibuat oleh masyarakat kita.... Peh, memang berjela nama roti kalau nak tulis kat sini.


 KEDUA
Kau nampak pinggan kosong tu? Kau nampak peha ayam tu? Nak harapkan makcik kedai nasi campur ade ayam goreng garing? Yup, datang lunch pukul 10 pagi adalah! Cube kau datang pukul 1.00 petang..Nan Ado. Cukuplah sekadar ayam goreng garing dengan beberapa jenis kuah kari, dah cukup buat aku tersenyum sampai ke malam. (Teringat ayam goreng Barra, Seksyen 7, Shah Alam. Terbaeekk!)


KETIGA
Kegemaran aku, Roti Naan Cheese... Perlukah aku explain lebih? Bayangkan keju yang meleleh macam peluh mamak tu (uwek!).....bayangkan kuah pudina yang sejuk tu DAN JANGAN bayangkan kau cuba nak order Roti Naan kat Restoran Goreng/Tomyam... Ada gak mamat ambik order (selalunya mamat kelate) dengan berbesar hati menyumbat mulut korang dengan tuala lap meja nanti!


KEEMPAT
Berapa lama korang leh tahan dengan godaan kerangupan roti tisu ni? Al-maklum kononnya nak boikot mamak sebab mahal.. Akhirnya korang yang makan tisu kat rumah. Ada sesetengah Restoran mamak buat roti ini SANGAT BESAR ok! Sampaikan 2 tray nak hidangkan..... Nampak muka kerakusan mamat baju hitam tu? Jangan jadi seperti beliau, kononnya takkan jejak ke mamak lagi! Hahaha


KELIMA
Now you see!!!

Now you don't!

Sebutkan dikedai mana korang boleh dapatkan sup ekor, chicken chop, tosai taknak garing, mee goreng basah, maggi sup, capati, lamb chop, nasi goreng kampung, murtabak, roti pisang, roti tampal, rojak mee, nasi lemak, dan lain-lain lagi dalam satu kedai?? Kalau korang leh jumpa kedai macam tu... Sampai kiamat aku tak jejak Restoran Mamak wey!


KEENAM

Dengan tanpa rasa malunya.... Hanya di restoran mamak kita akan dapat tengok orang sarapan tanpa perlu mandi pagi, hanya gosok gigi je (itupun kalau gosok), hanya dimamak je kita akan dapat tengok orang datang dengan memakai boxer, atau baju tidur yang dipakai malam sebelumnya dan ada yang lebih teruk lagi datang ke mamak dengan mata yang tertutup!!! (seperti digambar) Kahkahkahkahkah..... Kau mampu?

Haih.... Restoran mamak sudah menjadi sebahagian dari kebanyakkan budaya masyarakat Malaysia terutama di bandar-bandar... Nak taknak, mereka akan kekal berada disitu, dan kita akan terus berkunjung untuk memenuhkan tembolok kita. Hahahaha... Hubungan ini akan kekal untuk beberapa ketika lagi. Enjoy!

p/s: Ada 1001 sebab yang lain. Tak mampu nak tulis semua. Eh eh.. Betul ke restoran mamak ni tak bersih? 

24 comments:

  1. suka makan kat kedai mamak kot ....

    hehe ..
    makan rojak dulu . . .

    ReplyDelete
  2. tengok bola kat mamak aa syok..ahahah

    ReplyDelete
  3. betul2.. geng mamak terbaik la.. ^^
    puas hati bila balik sebab perut kenyang...
    konsep berniaga cara mamak ni boleh bawak untung..
    tu yang diorang tak bankrap..

    weee nasi kandar .. waa

    ReplyDelete
  4. memang lama tak masuk kedai mamak...lagi-lagi kat Kl...kat Lipis macam tak de jer...

    ReplyDelete
  5. haha ..

    saya sorang je yg pelik kot .

    kuarga sy xmnat makan kt kedai mamak ..

    gulp .. :)

    setiap orang citarasa lain .. kan3 ?

    ReplyDelete
  6. yaa... btl2... aku lah antara org yg suka pi kedai mamak sampai aku makin comel ni.. hehehe lagi 1 kalau tgk bola kat kedai mamak syok... hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedap woo, makan roti canai maple :) Assalam mmg popular kat Nilai, kat sabah pulak, kurang mamak, india pon kurang sini.

    ReplyDelete
  8. btl2...ramai je yg suke mkn kat mamak nie....tambah2 student kat cnie...hu

    ReplyDelete
  9. teringin nak makan roti tisu tuh :(

    ReplyDelete
  10. waa kita umah sewa dekat2 ngn barra..
    tp xsuka sgt makan kt mamak....

    ReplyDelete
  11. Kari mamak terbaik beb.. Awek aku pun x reti masak cengginih..wakakaka

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Pernah jgk makan kat kedai mamak bila kedai lain tutup....

    ReplyDelete
  13. mamak antara tempat kegemaran Sop..
    bukan sahaja sarapan, makan tengah hari, malam...
    sbb mamak skrg, macam2 ader.. cam astro

    ReplyDelete
  14. haha..nice entry..tp kalau selalu sngt masuk kedai mamak boleh muak jap mkn bnde sme je..huhuu

    ReplyDelete
  15. saLAM.... HAHAHA....pont2 yg tepat sekali... setuju!

    yg ni pulak entry aku pasal contranye pasal mamak ni...

    http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/01/kedai-mamak-melampau.html

    ReplyDelete
  16. kedai mamak terbaik...anytime n anywhere...heee...trasa lapar plak...nk pi mamak jap la...haha

    ReplyDelete
  17. salam..

    hahha..SAYA PON SUKE LEPAK MAPLEY~
    roti bomb ngan susu..SODAP!

    ReplyDelete
  18. ayam goreng mamak terbaekk.. heee.
    ttbe trase lapa la plak.

    ReplyDelete