Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia..... Al-Fatihah

Selamat Tahun Baru untuk semua....

Nampaknya kita memulakan tahun baru dengan satu berita sedih kerana kita kehilangan seorang pelakon yang disukai ramai... Bukan bermaksud menjadi Abang Nara di sini.. Sekadar mewar-warkan kepada semua agar dapat kiranya disedekahkan Al-Fatihah kepada beliau yang telah menghadap Ilahi.
__________________________________________

KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.



Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.


Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama
_________________________________

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman... Al-Fatihah....

p/s : Bebila boleh kembali kepadanya......

5 comments:

  1. al-fatihah..lakonan2 arwah bes2..

    ReplyDelete
  2. moga2 roh arwah ditempatkan dlm kalangan mereka2 yg beriman...insyaallah..sama2 la kita berdoa..

    btw..jemput2 ke blog fiqah yer utk amik award..kalo sudi,amik dua2 skali yer

    http://fiqasaila.blogspot.com/2011/01/1111-menjadi-222-dan-2.html

    ReplyDelete
  3. takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah buat arwah...moga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.amin..

    ReplyDelete