Friday, December 31, 2010

Gadis Coli Laser... Siapakah Julia Perez?

Salam Sejahtera Semua!

Selamat Meninggalkan Tahun 2010 dengan seribu satu kenangan dan menuju 2011 dengan gembira agar menjanjikan sejuta kejayaan untuk semua!! Yeah! Sambut Tahun Baru di mana? Saya di Bukit Bintang saja. InsyaAllah.... Huhuhu

So.. Hari ini, sempena penutup 2010, Aku akan menutup dengan entry yang sangat seksi dan berahi sekali. Gadis paling Glamor minggu ini selain dari JejariRuncing adalah.... Yeah.. JULIA PEREZ... Siapakah dia? Glamorkah dia? Kenapa seksi sangat? Lebih penting... Kenapa begitu besar?? Hahaha Apa yang besar? Untuk menjawab semua soalan ini, kita skodeng dengan lebih dalam! Jom!

Saya Jupe.. Mau kenal sih?

Nama Indonesianya adalah Yuli Rachmawati, manakal nama glamornya adalah Julia Perez or Jupe. Makhluk tuhan yang seksi ini dilahirkan pada 15.7.1980 di Jakarta.


Kulit Album Kamasutra - Beli album dapat kondom

Cik Julia Gebu ini adalah seorang penyanyi dangdut ok! Ada 2 album yang tidak dapat dipastikan meletup atau tak, mungkin ada antara korang yang pernah dengar albumnya yang bertajuk KAMASUTRA dan BELAH DUREN... hahahahaha.. Dalam album KAMASUTRA - Sesiapa beli album, dapat hadiah kondom!!! Seksi!


Saya pelakon filem pak, bukan porno.

Julia Si Seksi ini juga adalah pelakon filem dan TV ok... BERANAK DALAM KUBUR, SUSAHNYA JADI PERAWAN dan THE SHAMAN adalah antara filem lakonannya selain beberapa sinetron seperti Cinta Lokasi, Rahasia Ilahi, Komedi Nakal, Iman, Mimpi Manis, Hidayah dan Do'a (kenapa tajuk sinetron dia sangat Islamik ya? Konfius)


Udah kebasahan ini...

Menjadi Model majalah di Perancis ok! Antara majalah yang ada dipamerkan tubuh badannya adalah, MAXIM dan FHM (obviously) hahahaha.. Darah hidung!


Julia dan Damien Perez

Dia bukan CIK sebenarnya ok! Dah 2 kali kahwin. Suami pertama : DAMIEN PEREZ (cerai)... Suami kedua : Gaston Castano......


Pacitan menjadi seksi pasni...

Oh.. Ini fakta yang paling susah nak percaya... Pada tahun 2010 Julia Perez ini nak jadi macam Obama ok. Telah menawarkan diri nak jadi wakil rakyat di daerah Pacitan, Indonesia.... Haaaaaaaaaaaa.... How sexy is that... Wakil rakyat yang membuak-buak payudara semangatnya. Hahahahaha ops.

Oh.... Jawapan untuk mereka yang tertanya-tanya.... IT IS FAKE... atau P.A.L.S.U. done.

happy new year ya'll!!!

Thursday, December 30, 2010

Quote of the day - 16


“Life is too short to be living somebody else's dream.”
- Hugh Hefner is the founder of the mens magazine Playboy and advocate of sexual liberation.

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA Menjulang Piala AFF! Tahniah Malaysia - Review

Sari berita utama...
Penghargaan : Adamroslan.com

Tahniah! Tahniah! Tahniah! (Baca dengan nada pengulas sukan di TV1).. Akhirnya, Malaysia menjadi juara Piala AFF selepas menundukkan Indonesia dengan aggregat 4 -2 selepas berakhirnya perlawanan akhir timbal balik kedua yang berlangsung di Jakarta, sebenar tadi.

Tahniah harus diberikan kepada Skuad Harimau Malaya yang menunjukkan semangat juang tinggi menempuh 90 minit masa permainan yang penuh tekanan bukan sahaja di dalam padang, tetapi juga diluar padang (laungan cacian, balingan botol, serta paling dinantikan lazer dari tetek/coli Julia Perez). Penantian menjulang Piala ini berakhir apabila pengadil meniup wisel penamat sambil disambut dengan linangan air mata kegembiraan dari anak-anak buah K. Rajagopal.

Keadaan di stadium menjadi tidak terkawal dimana penyokong tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka. Ada yang menangis, menyumpah seranah pemain mereka sendiri malah lebih teruk berpuluh-puluh pancaran laser ditujukan kepada penjaga gol Marcus Harison Rihihina sehingga beliau terpaksa memakai cermin mata hitam untuk keluar dari padang! Pancaran laser dari tetek/coli Julia Perez juga tidak menjadi apabila difahamkan bateri Duracell yang digunakan telah hilang kuasa dek terlalu hampir dengan gunung berapi kepunyaan beliau.

Sekali lagi tahniah untuk skuad Malaysia. Tentunya pelbagai penghargaan akan anda perolehi selepas ini. Mungkin rumah? ataupun tanah? lebih bagus mungkin gelaran Dato? Kita nantikan. Rakyat Malaysia bergembira malam ini sambil mengharapkan kerajaan memberikan cuti umum sebagai bonus kemenangan kepada semua. Sangat sesuai dengan slogan 1 Malaysia.

ANTARA YANG MENARIK :
Berpuluh pancaran laser di muka penjaga gol Malaysia
Keeper hensem menyelamatkan penalti (Saham naik ok)
Pelakon lucah Luna Maya dan Manohara dilihat di stadium
Pengadil (Australia) memihak Indonesia, Penjaga garisan (Thailand) memihak Malaysia

Penghargaan kepada Gregory Cheong.

KAMI BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

5 Sebab Malaysia Akan Menjulang Piala AFF - Pandangan Si Kaki Bangku

Selamat Sejahtera Semua....

Hari ini, sempena menyokong misi meletakkan kedua-dua tangan dan menjulang Piala AFF, aku sebagai rakyat Malaysia yang kaki bangku, telah menganalisis beberapa sebab mengapa Malaysia akan memenanginya pada malam ni. Aku dalam mood yang sangat patriotik ketika ini.

Gambar: Penghargaan kepada : HERE

FINAL PERTAMA - MATCH OF THE DECADE
Akhbar Malaysia mengelarkan perlawanan akhir pertama sebagai Perlawanan Terbaik Dekad Ini untuk skuad Malaysia. So, tidak ada alasan untuk pemain Malaysia untuk tidak menunjukkan permainan terpuji sekali lagi. Melainkan mereka nak akhbar menggelarkan perlawanan akhir di Jakarta sebagai PERLAWANAN TERBURUK DEKAD INI, sebelum menuju dekad baru.

PENJAGA GOL TERBAIK ASIA TENGGARA
Lupakan segala sudut kemahiran taktikal, teknikal dan mekanikal.... Melalui pemerhatian, Malaysia mempunyai penjaga gol terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Setuju? Boleh terbang, boleh dive, boleh segala-galanya. Setuju? Dan dengan muka sikit punya hensem persis model, itu juga membuatkan prestasi skuad akan meningkat secara keseluruhannya.

PERANCANG "NEWLY WED" BERKEBOLEHAN
OMG.... Dia sangat bagus ok! Dia sangat hebat... Dengan inai masih merah dijari, selain telah berjaya menakhluk hati isteri, dia juga mencuri hati rakyat Malaysia dengan skill yang wow. Tak taula penangan pengantin baru atau apa.. Tapi, he is unstoppable... plus.. Dia hensem... Orang hensem memang handal main bola ke? Hahahahaha... Oh nama dia Nurshahrul Idlan Talaha....

TIADA SUDAH PEMAIN YANG MENGEJAR GLAMOUR
Ketiadaaan pemain gila glamour telah memberikan nafas baru kepada Malaysia. Tak kisahla dia dapat Pemain pertahanan terbaik ke, Isteri paling glamour ke, Tunang paling seksi ke... Zaman mereka (kembar) sudah tamat..... Hahahaha.....fullstop.

IMBUHAN KEMENANGAN
Jika Indonesia akan mendapat 3 billion Rupiah (RM900,000) jika menang, Malaysia juga tidak ketinggalan ok! Kemungkinan hadiah yang dipertimbangkan (pada pandangan aku) ialah : Duit? Tanah? Umrah? Percutian? atau....................... Gelaran Dato?? Hahahaha.... Kita tunggu........

Sebab lain - Baju kemeja Rajagopal yang dikatakan membawa tuah (takleh bayangkan baunya), Sumpahan jersi kuning hinggakan sentiasa nak pakai jersi biru, Dan of coz Malaysia akan memang kerana...

Gambar : Penghargaan kepada : HERE

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
(mood sebak)


p/s : Harap-harap ada Public Holiday kalau menang. Hahaha

Tuesday, December 28, 2010

Konsert Artis-Artis Luar Negara Di Malaysia Pada 2011

Selamat tengahari semua....

Akhirnya barulah ada masa untuk memasukkan entry baru selepas beberapa hari dilanda kesibukan yang amat sangat... Sehinggakan tiada masa untuk mengangkat makanan di Cafe World mahupun menuai hasil di Farmville... Beberapa jemputan kahwin dan aktiviti bersama sanak saudara sudah cukup membuatkan trafik di sini jatuh merundum.. Adoi! Tapi takpe... kerana aku berpegang teguh "Blogger Pun Ada Sosial Life"......Tapi jangan risau..... Budak Gemuk sudah kembali...

Untuk kali ini jom kita tengok.. Siapakah artis luar negara yang akan menjejakkan kaki ke Malaysia untuk tahun 2011 sekaligus mengeringkan duit poket dengan harga tiket yang mahal-mahal itu.  Artis ini setakat yang dah CONFIRMED (mana yang berangan diva tu, mungkin akan cancel)... Apapun, aku yakin banyak lagi yang akan datang... Diharapkan, seperti tahun 2010, tahun 2011 menjanjikan lebih banyak artis-artis hebat!!! Yeah... Better save duit dari skang untuk beli tiket!!! Hahahaha Check! Check!


SECONDHAND SERENADE
11.01.2011 @ Bentley Auditorium, Mutiara Damansara


MARY J. BLIGE
08.02.2011 @ Plenary Hall, KLCC


DEFTONES
14.02.2011 @ KL Live


MICHEAL BUBLE
13.03.2011 @ Stadium Melawati


MGMT
25.03.2011 @ KL Live


SUPER JUNIOR
26.03.2011 @ Kuala Lumpur


MAROON 5 (wajib tengok)
29.04.2011 @ Kuala Lumpur


JUSTIN BIEBER (baby, baby, baby.... auwwww)
April - TBA

Kalau ada sebarang perubahan jadual mahupun tempat berlangsung bukan salah aku ok! Hahaha.. Kalau berminat boleh  tempah tiket dari skang... Google je, pelbagai maklumat keluar!! Jangan malas macam aku ni... Kalau ada yang tertinggal tu bagitau la aku! Maher Zain sengaja aku tinggalkan. Hahahahaha.....

p/s : Happy New Year! Yeah!

Candid Itu Cun Laa

Salam Keceriaaan....

Saya kembali setelah beberapa hari menyepi. Saya kembali dengan entry baru semata-mata ingin membayar hutang tag dari Blogger MY BLOWIE.... Tag berkenaan bergambar candid... Tak kisahlah cun atau buruk, comel atau selekeh... Ini adalah penyertaan contest pertama aku.... Hahahaha Boleh percaya??? Yes.. Percayalah! So.... Tanpa membuang masa, ini adalah gambar yang menjadi taruhan aku!

1...... 2....... 3.....................

Aku n Kakakku... 1984

Hahahaha.. tak tau nak letak gambar apa.. korek punya korek... Dapatlah gambar ini tanpa diketahui siapa yang menangkapnya... Hahahah PERHATIAN : Aku bukan ketawa ok! Aku tengah menangis sambil mendapat jelingan tajam dari Kakak aku!!! Hahahaha..... Macam ckit lagi nak kene penampar dara dari dia!!! Hahahaha.....

Oh! Terima Kasih dan Tahniah kepada CIK DILLA ADILLA yang sudi menganjur contest ini... Untuk maklumat lanjut bolehlah menjengah ke blog beliau DISINI . Ada juga disertakan cara untuk memasuki contest ini.. Saya akan tag semua kawan-kawan saya! ok?? Jom join reramai...  

Jom Join!!! Huhuhu....

Thursday, December 23, 2010

Result SPA M41 Sudah Keluar.. Apa Result Kau Gemuk?

Salam kegembiraan untuk semua ya!!! Huhuhuhu Excited dengan result budak-budak PMR... Tahniah pada yang berjaya dengan cemerlang.. Semua A ke, takde A ke... Ini bukanlah penjamin masa depan. Jangan plak dah dapat result yang tak berapa nak elok, terus merengek kat mak bapak mintak kahwin lak! Haiyaaa.... Tak sesuai ok!!!

Dalam budak-budak beratur mengambil result diaorang.... Aku pun ambik result gak ok!!! Hahahaha.. Ingat tak peperiksaan yang aku ambik... dan sudah aku ceritakan pada entry yang lepas?? Haaa... result dah keluar ok!!! Tak sangka resultnya agak menceriakan aku... Walaupun aku tahu.. Banyak lagi ranjau dan duri selepas ini... Huhuhuh....


Oleh kerana ini kali pertama aku lulus ke peringkat seterusnya... (macam American Idol lak) ... Aku tak menaruh harapan tinggi.... Lebih malang.... Aku tak tau apakah proses dan langkah seterusnya!! Sesiapa yang tahu tu... Bagitau la aku ok!!! Aku clueless ni.. Masih muda katakan.... Hahahaha....

p/s : Joget, joget, joget... Pastu lompat dan lompat!

Wednesday, December 22, 2010

Lakon Layar 2 Budak Gemuk Malas Yang Kelaparan.

Situasi dihari Ahad, dua orang gemuk terbongkang depan TV sambil mengusap perut. Jam menunjukkan pukul 12.00 tghari (sambil menunggu rancangan Melodi)

Gemuk Jantan : Hey aku lapar dah ni... Dah la tak sarap! Ko masak la wey!
Gemuk Betina : Nak masak ape?
Gemuk Jantan : Ko gi lah tengok dalam icebox tu ade ape! Takkan la icebox ada kaki nak jalan kat ko!
Gemuk Betina : (Bangun sambil membuka peti sejuk)......... Ini je yang ada....(menunjukkan sekotak susu dutch lady rendah lemak)...... Obviously peti sejuk kosong kan! Dahla... Makan petang terus lah! Aku nak tido!

Berlalu masuk bilik sambil meninggalkan gemuk jantan yang kelaparan di ruang tamu.

Tak boleh jadi... Kene makan... Kalau tak makan boleh sakit pinggang ni (cerita benar ok)... Ahhhhh... tidak.. Jom selongkar!

Selongkar punye selongkar... Memang tiada apa!!!....... Tapi.......Tuhan maha kaya, Tuhan memang tak bagi ciptaan-Nya yang sorang ni kelaparan, selongkar kabinet dapur ada plak macaroni and cheese segera! (yang telah dibeli 2 3 bulan lepas!) Yeay!....(intonasi terus berubah jadi Chef Wan atau Chef Mail) Jom puan-puan kita masak.... Sape suruh kau tidur?? Padan muka!! Hahaha

Macaroni and Cheese segera San Remo, Sekotak susu segar, Sebiji tomato. DONE

10 MINIT KEMUDIAN...............................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Macaroni  & cheese and diced tomato sprinkled with ground black pepper.

p/s : Perut Kenyang, Suka hati.. Kau tidur, Kau kebulur............. Kesimpulannya... JANGAN MALAS UNTUK KENYANG.....

Tuesday, December 21, 2010

Maaf ya... Zaman Sekolah Saya Baca Majalah Import Je...

TIDAK SESUAI UNTUK BACAAN MEREKA YANG BERUMUR 20 TAHUN KEBAWAH... KORANG TAKKAN MENGERTI...

Selamat petang semua....

Semua balik awal ye hari ni?? Takut tak sempat tengok cerita Hani malam ni kan? Hahahaha.... Dalam minggu lepas aku agak sibuk mengemas dan mengatur semula rumah dengan harapan menggunung agar tenaga positif dapat mengalir dengan lebih lancar di dalam rumah aku (zen katanya).. Tiba-tiba terpandang satu kotak yang penuh dengan khazanah zaman sekolah... Yes khazanah dari tahun 1996-2000 hahahaha.... Haaa....Sibuk la korang mengira umur aku kan!!! Lantak korang la....


Apa yang aku jumpa? Dam Jumanji ke? Bantal busuk Pokemon Pikachu akukah? atau..... Barang kemas peninggalan Nenak Kebaya??? Oh.... Salah! salah! salah! Aku jumpa sekotak besar penuh dengan majalah-majalah lama koleksi aku.... Terus memori lama terlintas di fikiran, mengingati setiap saat dan ketika aku bergelar pelajar di SMK Raja Muda.... Di mana selain buku teks tebal yang tak pernah dibuka... Aku juga ada buku teks tambahan.. iaitu Majalah Hiburan... INI BUKAN MAJALAH SEBARANGAN OK! Ini bukan majalah MANGGA yang glamor dengan tagline "berenang untuk kesihatan".. dan bukan juga majalah URTV atau pun Media Hiburan.. Tapi majalah hiburan keluaran luar negara terutama dari UK, Australia, Singapura dan US! (kebanyakan Majalah-majalah ni dah lingkup)


Antara majalah yang menjadi kegilaan kami dulu adalah SMASH HITS, TOTP, LIME, LIVE n KICKING, NW dan banyak lagi wey!!! Memang banyak gila lah!!! Semua majalah ini menjadi bukti irama Pop pernah bermaharajalela satu ketika dulu. (ambik kau mengikat perut satu majalah RM12.00 yang keluar setiap 2 minggu sekali)... Dimana BOYZONE, BSB, 911, NSYNC, SPICE GIRLS atau WILD ORCHID (group pertama Fergie dari BEP) dan banyak lagi group yang supercool menguasai dunia... Group yang takkan dapat ditandingi sehingga hari ini...

Sayang wey nak buang majalah-majalah ini... Banyak kenangan nak dapatkan majalah ini semua ok! Bukan tak baca majalah keluaran tempatan.. Cuma macam "lemau" la cerita artis Malaysia di dekad yang lalu.. Banyak rock kapak! Memang aku tak layan! Maaf... Slam? Ukays? 2 By 2? apa lagi?? ... euwww!


Nasib kami agak baik dapat guru bahasa Inggeris yang memahami dan walaupun pernah kantoi majalah PEOPLE edisi David dan Victoria Beckham Kahwin.... Tapi dia tak pernah nak rampas.... Dan majalah-majalah ini takkan kene rampas sebab aku Pengawas paling berdaulat di sekolah. ( Yeke?)... Hahahaha

Mungkin dah sampai masanya untuk aku buang/bakar/derma majalah-majalah ini kot... Dah hilang rasa gemerlap cahaya untuk menyimpan... So.. Sesiapa kalau rasa nak majalah-majalah ni bagitau la... Walk down memory lane katanya!! Hahahaha....

p/s : Lama sangat tak beli majalah.. Dapat free je.. Thanks Dyeanne.

Monday, December 20, 2010

Tutorial : Cara-cara Membuat Kek Pisang Kukus

Salam Sejahtera Semua!!!

Yeah.... Chef Hairul muncul lagi hari ini dengan satu resepi yang SANGAT MUDAH dan sedap dimakan ok!! Setelah puas membelek buku resepi tinggalan nenek moyang dan dikacukkan dengan resepi yang dikutip dari internet, maka terhasil resepi mudah untuk orang pemalas macam aku ini. Hari ini kita buat kek ok!! Tak kagum ke mak bapak / mak mertua / bf / gf / kucing belaan yang  korang mampu buat kek?? Hahahaha... Tapi bukan kek bakar ok! Memang Chef belum pandai, kita buat KEK PISANG KUKUS dalam masa KURANG DARI 30 MINIT. Sumpah! Ok... jom check!

Saya kenalkan bahan-bahannya ya! TEPUNG GANDUM 400gram atau lebih (ikut kepekatan adunan)... 3 atau 4 biji PISANG. Pisang yang macam dalam gambar tu best... Ada bau pisang (mestilah bau pisang). Pisang emas, pisang tanduk, pisang nangka dan pisang anda adalah tidak sesuai! LOL.. Maaf sedikit lucah disitu... Sebiji TELUR ayam.. ehem...Telur ayam ye bukan telur lain. Satu camca teh SODA BIKARBONAT dan sedikit BAKING POWDER. Jangan dilupakan GULA dalam 4 sudu (ikut korang la nak manis atau tak). Ok.. itu sahaja bahannya. Jom ke dapur sekarang!

Eh... Tak pasal-pasal dah siap masak?? Hahaha... Gambar takde la... Tapi cara adunannya sangat mudah ok!  Langkah pertama, lecek pisang kasi hancur sehancur hancurnya... Pastu campurkan tepung gandum, telur dan semua bahan tadi. Gaul sehingga adunan menjadi macam adunan kecodok.. Tapi ingat.. Kita bukan buat cekodok ok! Kita nak buat kek. So...selepas adunan dah sebati, sediakan loyang yang sesuai, sapukan minyak dan tuangkan adunan tadi. Panaskan tempat pengukus sampai mendidih dan masukkan loyang yang telah diisi adunan dan dikukus selama 25 minit! Tik tok! tik tok! tik tok!

SETELAH 25 MINIT..................

Wallah!!!! Inilah hasilnya!!! Kahkahkah.. Siap... Nampak macam main-main je kan??? Tapi korang tengok hasilnya macam mana?? Tak tipu ok! Mungkin tak secantik Kek pisang yang korang bakar atau kek pisang panjang yang korang beli dari Giant mahupun Tesco... Tapi rasanya SANGAT SEDAP ok... Lebih penting TANPA BAHAN PENGAWET! Hahahaha...

P/S : Makan bersama air kopi dan sila tambah efek hujan... guruh berdentum.... angin bertiup kencang.... Jangan lupa sambil makan tu saksikan ulangan rancangan MARI MENARI.. Heaven. Selamat mencuba!

Quote of the day - 15


“Maybe they hate me because i'm too good!”
Cristiano Ronaldo

Saturday, December 18, 2010

Surat Cinta Untuk 1000++ (Anda yang Disayangi)

Assalammualaikum.... Buat ANDA (1000++ yang disayangi)

Hai...Tengah buat apa tu? Harap ANDA semua sihat bersama bersama keluarga tercinta... Saya kurang sihat sebab Kuala Lumpur hujan la (hujan air ok.. bukan hujan bunga).. Hidung selsema tak hilang dah 2 hari. Insyaallah esok semuanya ok...Jangan risau saya dah makan ubat.. (mesti akan ada yang tanya - Dah makan ubat?) Oh ya! Diharapkan kedatangan surat ini tidak mengganggu situasi ANDA semua disana....

Baiklah, tanpa berlengah.... Tujuan sebenar saya menulis surat ni adalah...... Oh! Sebelum itu...Untuk pengetahuan semua saya mula bergiat secara aktif dalam dunia blogging ini adalah pada 2/11/2010 (ye saya... baru sebulan setengah) walaupun sudah ada blog sejak 2009 lagi  dan saya mendaftar dengan Mr Nuff juga pada tarikh yang sama...(berapa agak-agak BE saya?) dan untuk mendapat 1000++ ANDA adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan (lebih-lebih lagi saya tiada mengggunakan cogan kata FOLLOW ME BACK! - bangga ni!).. Kalau ada pun untuk seorang dua sahaja....(siapa ya??)  Hahahaha.. Pada permulaannya, bukan jumlah ANDA yang saya kejar sebenarnya dalam dunia ni... tapi bila sampai di suatu tahap di mana ANDA semakin meningkat dari hari ke sehari, saya semakin bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama... Sehinggalah ke hari ini... Angka keramat itu muncul jua.... Pada sesetengah orang mungkin jumlah ini kecil, tapi bagi saya ini suatu pencapaian yang agak besar untuk blog yang belum mencecah 2 bulan (sebelum aktif 5 orang je kot)....

Terima kasih yang tidak terhingga untuk ANDA yang membeli album banyak memberi tunjuk ajar, dorongan, sokongan dan galakkan untuk saya terus berkarya menulis. Sesetengahnya hampas dan sesetangah pelik, tapi anda sudi membaca dan meninggalkan pandangan untuk saya... SAYA SANGAT-SANGAT MENGHARGAINYA... Sengaja saya tidak memberi respon di komen kerana biarlah ianya hanya menjadi komen tanpa sebarang respon dari saya (jangan plak taknak komen lagi bila dah tau saya memang tak balas komen).

Saya tahu! Memang saya bukan BEN, tak mungkin saya JALIKHA, saya juga bukan GEBU, tapi saya hanya KAY yang puas dengan apa yang dia capai setakat ini... (Baca dengan nada penuh rendah diri) Terima kasih sekali lagi kepada 1000++ anda semua (Tak kisah la sebab bebetul minat ke, terpaksa ke, atau ada yang mengharap saya akan follow kembali), Terima kasih kepada SILENT READER, Terima kasih kepada MEREKA YANG SESAT dari Google mahupun Yahoo...Semoga kita maju bersama-sama dalam dunia ini! Alhamdulillah. Terima Kasih...

Love me. Hate me
Kay.

p.s : Pada yang tertanya-tanya, saya agak tidak berminat untuk berkongsi cerita tentang trafik, UV, BE dan perkara seumpama itu di blog saya... Sekurang-kurannya pada masa ini. Esok lusa tiada siapa yang tahu. LOVE.

Jom Gadoh - Melayu Pemalas! Cina Tak Mandi Pagi!

Hai.... Pernah tengok cerita ini? Kalau belum.. Aku cadangkan tengoklah cerita yang telah diharamkan penayangannya di pawagam negara ini... Yang pasti cerita ini 100X lebih baik dari.......... Hantu Mak Limah Balik Rumah? Ngangkung? mahupun Sembilu (tiba-tiba je)....


"Saya paling tak suka dengan orang cina, diaorang ingat diaorang bagus, pijak orang melayu..."

"Orang melayu tak hormat orang cina punya, kita terpaksa kerja kuat, nak hidup, nak belajar tinggi, takda duit macam mana nak berjaya!"

"Orang cina makan babi, pengotor, berak tak pernah basuh!" 

"Melayu bodoh! Belajar tak pandai pun boleh masuk U!"

"Melayu suka complaint, selalu cari salah orang lain, salah sendiri tak nampak.."

"Orang melayu takda otak!"

"Orang cina masuk neraka..."

"Diaorang tamak! Bangun pagi tak mandi pagi, badan bau busuk..."

Pada yang  belum tengok cerita ni.... Cerita penuh 70 minit ada dibawah! Enjoy!! Selamat Berhujung Minggu!!

Friday, December 17, 2010

Soalan Lazim Tentang ERA FM.. Soalan macam ini pun ada???

Hai!! Hai!! Selamat Hari Jumaat.... Selamat Hujung Minggu ya!!!
Macam biasa diharapkan semua sihat hendaknya. Hari ini saya ingat mengulas tentang soalan-soalan lazim yang diterima oleh Radio Era FM. Sesetengh jawapan yang berjela-jela terpaksa aku edit untuk dipendekkan. Macam merapu je jawapan diaorang. Apapun semua soalan dan jawapan ini boleh korang cari di laman web rasmi stesen radio ini. Jom Check!



Bilakah Era bermula? Apakah lagu pertama yang dimainkan?
JAWAPAN RASMI : Diperingkat, FM ERA bermula secara rasminya pada 1hb Ogos 1998. Zainal Abidin - Hijau.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : Susah nak maintain sampai sekarang.. Dari umur aku 15 tahun kot!! Ops... Kantoi umur aku berapa! Hahaha....
_______________________

Kenapa Era suka mengulang lagu yang sama?
JAWAPAN RASMI : Kami di ERA sedar bahawa pendengar kami yang berjumlah lebih dari 4 juta tidak dapat mendengar radio sepanjang masa. ERA pernah dituduh bahawa hanya memainkan sesebuah lagu itu hanya sekali sahaja dalam sehari dan tidak memberi peluang kepada ramai pendengar untuk mendengar lagu-lagu kegemaran mereka pada masa yang lain. Oleh itu HANYA LAGU-LAGU POPULAR SAHAJA yang dimainkan berulang kali dalam sehari. Kami juga ingin menyangkal pendapat bahawa ERA mengulangi sesebuah lagu itu sebanyak 10 kali dalam satu hari, kerana jumlah MAKSIMA sesebuah lagu itu boleh dimainkan antara 12 pagi dan 6 petang ialah 5 kali (dalam masa 18 jam) dan kalau lebih dari lima kali pun, adalah disebabkan pilihan pendengar sendiri melalui PilihanMu Di ERA.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : Saya kalau nak dengar lagu best... Kalau tak puas dengar kat radio A, saya akan memburu lagu yang sama di Radio B, lepas dengar di radio B saya cari di radio C dan seterusnya. Gigih tak? Hahahaha... No komen disini.
_______________________

Kenapa Era banyak iklan?
Kami di ERA ingin memberikan hanya yang terbaik kepada pendengar kami, dan kos operasi sebuah stesen radio swasta adalah amat tinggi sekali. Tanpa hasil dari jualan ruangan iklan inilah ERA dapat memberikan yang baru kepada pendengar kami seperti laman web yang kini mempunyai kemudahan "chatroom", Skuad Perodua ERA, ERA FC, Siaran Luar ERA dan pelbagai promosi dan hadiah lumayan kepada pendengar kami. Adalah dimaklumkan bahawa ERA, seperti radio-radio lain di Malaysia, hanya menggunakan 10 minit dalam setiap jam untuk ruang iklan DAN TIDAK LEBIH DARI ITU. Sila jangan kelirukan Promosi Perkhidmatan Masyarakat atau Promosi Aktiviti ERA dengan iklan-iklan pelanggan di ERA.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : Pesanan Penaja + Promosi Perkhimatan Masyarakat + Promosi Aktiviti ERA = 50 minit. Apakan daya..... Dengarkan sahaja... Kalau mampu baru bercadang nak buat stesen radio sendiri ( Fantasi Mat Jenin).
________________________

Betulkah Era gila glamour?
Sebenarnya ERA tidak pernah meminta "diglamourkan" oleh pihak media cetak dan elektronik. Popularnya penyampai-penyampai kami adalah secara kebetulan sahaja. ERA tidak pernah merayu untuk penyampainya di wawancara oleh akhbar/majalah/stesen televisyen atau dijadikan model kulit majalah-majalah. Walau bagaimanapun, jika ada pihak yang meminta, bak kata pepatah Melayu, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Kami amat berbesar hati kepada pihak media yang dari dahulu lagi menyokong ERA dan para pendengar kami serta mempelawa kami untuk ditemuramah/bergambar untuk akhbar/majalah/stesen televisyen mereka. Insyallah, selagi masih ada yang meminta, kami akan cuba sedaya-upaya.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : (Baca dengan kelip mata laju-laju) Ya.. Kami Gila Glamour......
_______________________ 

Kenapa Infocuaca tidak tepat?
Tiada makhluk ALLAH TAALA dialam semesta ini yang boleh tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Perkara yang sama juga berlaku keatas Infocuaca yang DIRAMALKAN" oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia. Ramalan dibuat mengikut pelbagai faktor antaranya pergerakan angin, suhu, tekanan udara dan lain-lain. Hujan di Malaysia ada pelbagai jenis antaranya kelompok, sekejap-sekejap dan lain-lain. Ungkapan paling mudah adalah KAMI HANYA MERAMAL DAN TUHAN YANG MENENTUKAN.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : AKU BUKANNYA TUHAN, aku hanyalah makhluk tuhan yang paling seksi. Mampu?
_______________________

Mengapa tiada lagu-lagu dangdut/ heavy
Tiga tahun yang lalu, sebelum ERA dilancarkan, satu kajian di seluruh Malaysia telah dikendalikan oleh sebuah syarikat persendirian yang bertauliah untuk mendapat tahu jenis muzik yang diinginkan oleh rakyat Malaysia berumur antara 18 - 35 tahun. Antara jenis muzik yang langsung tidak digemari adalah dangdut dan death metal/heavy metal, kerana hanya segelintir masyarakat sahaja yang meminati jenis-jenis tersebut, dan stesen-stesen lain juga sudahpun memutarkan jenis lagu-lagu tersebut. Rumusan dari syarikat yang mengendalikan kajian tersebut ialah stesen ERA diperlukan oleh pendengar untuk memutar jenis-janis lagu yang jarang diputarkan di stesen lain. Ini merupakan muzik rock dan pop kontemporari serta kontemporari tradisional dan nasyid.

JAWAPAN VERSI HAIRUL : Kami tak menyiarkan lagu dangdut kerana berkabung sejak Kak Ramlah Ram merajuk dengan Romeonya (Selamat Jalan Romeo) sehingga tidak mahu berdangdut lagi.
_______________________



Macam-macam soalan dikemukakan... Mengalahkan soalan dari majalah MANGGA ok! Untuk lebih banyak soalan-soalan lain korang bolehlah KLIK DISINI. Jangan nak kata aku mereka-reka soalan lak! Hahahaha..

p/s : Kenapa cerita pasal ERA FM ni?? Aku dapat BE kah?? hahahaha

Thursday, December 16, 2010

Mari Menginap Di Rumah Rehat USM....

Hai.. Apa khabar hari ni??? Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman menginap di Rumah Rehat USM plak. Maklumlah.. Aku ni tak berbajet besar nak menginap di hotel-hotel dekat Gurney Drive mahupun Batu Feringghi... Maka... Rumah rehat ini je yang mampu untuk aku sewa...

Banyaklah rate-rate yang ada untuk korang semua pilih. Ikut kemampuan masing-masing ok. Paling mahal pun setakat RM200 je semalam.... Ada yang RM70 kot paling murah. Oleh kerana kami berempat... Kami hanya mampu memilih rate yang RM200 sahaja (huhuhuhu).. Tapi jangan terperanjat ok! RM200 tu bukan bilik ok!! Tapi satu level penuh di tingkat atas!!! Menghadap jambatan Pulau Pinang lagi.... Jom usha!

Model tengah pose (baam! baam! baam!) kat Reception Blok... Ada surat khabar free/ internet free/ dan....... itu je.... Oh anak ikan (xcute) yang handle semua urusan! Kahkah....


Yes.. Inilah rumah kami... Korang nampak tingkat atas tu?? Seluruh tingkat atas itu adalah hak kami untuk selama berada di sana!!! Hahahaha!!! Sangat luas. Parking kereta depan pintu lagi. Macam rumah sendiri.


Pas naik lif tangga.. Buka je pintu, kita akan terus nampak ruang tamu ala resort yang kosong. Hahaha... Buka tingkap terus nampak Jambatan Pulau Pinang. Depan rumah ada padang. Tapi oleh kerana pergi time cuti.. Anak ikan dan Anak ayam tidak beriadah. Harap maklum.


Dapur yang selamanya tidak akan berasap.....


Bilik Utama.... 2 queen size bed.. Cukup untuk 4 orang tidur... Tapi siapakah kami?? Bukan muhrimkah? Sepupu kah? Atau kami datang bersama anak mami??? Hahahaha...Biarlah rahsia..... Di mana katil aku? Takkan aku nak bergelumang bersama model itu??? Ahhh tidak mungkin!


Yes... I have my own room... Sesuai untuk orang single macam aku. Hahahaha.... Sangat privasi ok! Siap ada meja solek lagi (bersolekkah aku?) hahahaha... Kami menggunakan konsep siapa cepat dia dapat... So... aku yang bernasib baik dapat ini bilik!


Bilik air yang standard sahaja... Tiada apa yang menarik. Tapi cukup selesa untuk kami.....


Haa.... Ini lah permandangan yang korang akan dapat bila buka pintu rumah itu!!! Note : USM sangat cantik.. sangat cantik... lagi-lagi di waktu malam.. Sesuai dengan taglinenya UNIVERSITI DALAM TAMAN. Untung korang budak-budak USM! 100x lagi cantik dari UiTM Shah alam. Hahahaha Perlukah perbandingan itu?


FRIENDLY NOTE : Berbelanjalah dengan berhemah bila bercuti. Kurangkan bajet untuk penginapan, tambahkan bajet untuk membeli belah. Yeah!!

p/s : Mencari calon bini anak mami. Mampu ke?

Wednesday, December 15, 2010

Tips-Tips Membeli Kek Versi Hairul

Hai semua!! Apa khabar??

Nak tanya ni... Mesti ada yang akan menyambut harijadi ke, berkahwin untuk kali keempat pertama... Ada yang menyambut ulangtahun 2 bulan setengah korang kapel ke.. Dan bermacam-macam lagilah occasionnya. Tol tak? So, entry kali ini, Encik hairul yang baik hati ni nak menunjukkan tips-tips memilih kek khas untuk korang! Ready... Go!!!

KEK UNTUK SAMBUT APA?
Pastikah korang tahu perayaan yang disambut... Adakah perkahwinan?? Hari jadi? Menyambut awek baru? Menyambut Hari Krimas??? Mahupun menyambut pembantu rumah baru?? Semestinya kek kahwin takleh sama dengan kek menyambut awek baru... Begitulah juga sebaliknya!!! Jangan salah tema ok!

KEK INI UNTUK APA?
Pelik ke dengan soalan ini?? Tak... Korang ingat kek untuk makan je?? Zaman skang ini ada juga yang guna kek untuk mendajal orang ok!!! Buat baling-balingla.. Dilumur kat badanla (seksi dan manis), dimasukkan dalam bajula...(argghhh!!!).. Kalau hanya untuk makan.. Pastikan kek itu layak untuk dimasukkan dalam mulut ok!!! Kalau nak mendajal orang, better beli kek marjerin kat Kedai Kek Cina atau beli Kek Pisang atau Kek Kurma kat Giant terutama di bahagian Bargain Corner yang dah Off 90% tu. Hukhuk... Jangan plak kek Secret Recipe mahupun kek La Manila dibuat baling. Baling dalam mulut aku!

REKABENTUK KEK MACAM MANA?
Fikir bebetul design... Skang kan macam-macam kek boleh dibentuk.. Bentuk beg tangan, bentuk I-Phone, bentuk buah dada, bentuk kereta dan apa-apa je bentuk yang korang boleh fikirkan... Tapi ada gak yang masih suka dengan bentuk bulat satau segi empat biasa... So.. fikirlah bebaik. Bagi aku rasa lebih utama!!

PERISA KEK APA YANG BEST?
Perisa pilihan yang disukai ramai adalah COKLAT, VANILLA, STRAWBERI.. Tapi ada gak yang saje nak mencabar tekak dengan perisa yang kurang digemari ramai macam DURIAN, KELADI, (takleh nak fikir perisa apa lagi yang pelik). Apapun pilihan, pastikan sepupu, makcik, pakcik mahupun nenek korang leh makan. Jangan sampai ada yang tak makan disebabkan pilihan perisa pelik semata-mata nak memuaskan nafsu sendiri.
BERAPA ORANG NAK MAKAN?
Kira bebetul berapa orang yang akan menghadiri majlis korang.. Kalo harijadi ke-32 korang ada jemputan 50 orang, jangan plak beli kek sekilo je.. Buanglah tabiat kedekut korang tu. Ok?? Kalau ada rasa simpati dalam hati, seboleh-bolehnya, pastikan setiap tetamu dapat rasa walaupun hanya secolet icing kat kek korang. Hahaha

Itu serba sedikit yang aku boleh kongsikan... So, Aku dan seorang kawan aku dah menggunakan tips ini dengan jayanya....

INI ADALAH MISI KAMI :-
Kek Sambut apa? : SAMBUTAN HARI JADI YANG KE-RAHSIA check!
Kek untuk apa? : UNTUK DILANTAK check!
Rekabentuk kek? : SIMPLE, LEBIH TUMPUKAN PADA RASA check!
Perisa kek? : COKLAT!!! Tak boleh makan kacang.. Bahaya. check!
Berapa orang nak makan? : 3 ORANG (sahaja??)....Mungkin 4. check!

INILAH KEK PILIHAN KAMI
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Yes!!! .... Tidak lebih dari 5 mulut makan ini kek! Hahahaha

p/s : Siapa Hafiizh??? Berapakah usianya??? Hoho... Apapun... Happy Birthday ya sayang! Hahahaha and thanks to Harith! Sampai hari ini terasa kepuasannya.