Thursday, December 9, 2010

Tutorial : Cara-cara Membuat Kuih Dulang/Talam Berlauk Versi Pantas

Selamat berjumpa kembali bersama Chef Hairul dalam ruangan tutorial masak. Macamana dengan karipap tempoh hari?? Sedap tak?? Jangan kata tak sedap depan Chef... Bermanis mulut je lah katakan SEEEEEDDAAAAAPP!! (Ada yang sakit perut gi klinik???) hahaha....

Hari ini... Chef hairul berbesar hati untuk menunjukkan satu lagi kuih lebur-campur-godeh-sukahati-aku yang agak sedap dan sesangatlah mudah untuk membuatnya.... Bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting, tak memenatkan diri.. Tapi hasilnya bila dah jadi.... Peh, jiran sebelah bawak pinggan ok! (teringat iklan Nasi Goreng Adabi).. Kuih ini diberi nama kuih... TALAM BERLAUK (sebelah Johor).. Sebelah Utara, Timur dan Barat dipanggil kuih apa ek??

Bahan-bahan untuk kuih ini sangat mudah sekali ok!!! Ini je bahannya,... .. Tipu!! Hahahaha mestilah ada yang lain cuma takda dalam gambar je.... Tak kuasa lak nak pegang kamera sambil masak.... Hahahaha... Antara yang ada... Ayam cincang, kentang cincang., lada merah, daun sup dan daun bawang.... Lagi???

Oklah ye... Langkah pertama, Kita campurkan 2 cawan tepung beras1 cawan tepung gandum dengan 1 liter santan dari sebiji kelapa. Gemuk korang ok makan lemak banyak!! Kalau takut kolestrol, gantikan dengan setengah tin susu cair. Gaulkan sehingga mendapat kelikatan yang macam nak buat lempeng.  Jangan lupa garam ok!

Masakkan bancuhan tepung tadi sehingga pekat dan likat macam kat atas ni ok!! Dengan api yang slow je.. Kene rajin kacau, kalau tak.. berkeraklah tepung kau!!! Kalau dah kuar wap macam wap dari gunung berapi kat Indonesia tu.. kira oklah tepung tu!!

Langkah ini sangat mudah ok! Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada hitam sehingga semerbak satu rumah.. Kalau duduk PPRT, satu blok boleh bau! Tak jadi masalah... Pastu campurkan dengan daging ayam cincang dan kentang tadi.. Tambahkan garam, serbuk perasa... dan biarkan sehingga semua masak (dalam 8 minit dah siap!) 

Pastu campurkan tepung gunung berapi likat dan tumisan ayam dan kentang tadi. Gaul sehingga rata!!! Masukkan dalam talam/loyang atau apa je bekas yang korang panggil tu, ... Dan kukus selama 30 minit!!! Setel. Taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, Tunggu sejuk (kalau boleh sabar!), potong... dah ngap!!!! Kahkahkah... Simple kot!

Ada yang tabur daging kat atas, ada yang guna udang kering, ada yang bakar, ada yang letak macam-macam.. terpulanglah kat korang!!! Tak jadi masalah ok!! Memang akan jadi punya kuih macam ni! hahahahaha,... Tak percaya??? Tengok bawah!

Sediakan air kopi dan makan sewaktu hujan lebat... Sambil tengok Upin dan Ipin. Layan!!!

p/s : Rajinnya aku.... Kahkahkah....

11 comments:

  1. aku sikit kekurangan nih... hahah

    ReplyDelete
  2. sdp nye..tp mlg sngguh sb cik tgh diet :(

    ReplyDelete
  3. Mantaabbb...
    Baunya sampai sini nich hehe

    ReplyDelete
  4. yummmi..pandai encik kay masak....boleh buat menantu nih...hehe

    ReplyDelete
  5. best ker??

    www.aarproduction.blogspot.com

    tqvm.

    ReplyDelete
  6. nampak lembik sikit..memang camtu ker..(akak ni tak pernah buat pun)

    ReplyDelete
  7. rajin nyer masak..biar betul..hehe

    ReplyDelete